Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts

Promosi Bulan June!

MEALSHAKES

Meal shakes sedap sangattttt!!!! :)

Amat sesuai untuk semua golongan tau...

Mengandungi pelbagai zat yang diperlukan untuk tubuh badan kita...

Bulan June 2013 nie, adalah bulan promosi Mealshakes!

Kebaikan Meal shakes : KLIK

Rugi tak cuba tau...

klik untuk lebih jelas
Jika anda ingin dapatkan mealshakes dengan harga ISTIMEWA bulan ini...yg semestinya FREE POS!!

Sila hubungi kami secepatnya... bukan apa takut habis diborong! hihi

vitasihat@gmail.com
019-3802899




Pemakanan Ibu Sewaktu Hamil

Tahniah kerana anda mengandung! Pengalaman dan perjalanan sepanjang kehamilan amat berharga dan manis sekali. ^_^

Anda begitu bertuah kerana dapat merasai detik yang amat didambakan oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Kehadiran anak dalam hidup rumahtangga dapat menceriakan lagi hidup kita kan?

Oleh itu, ibu-ibu semua harus bijak dalam memilih makanan ketika hamil, ini kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu anda untuk mendapat bayi yang comel dan sihat!


Untuk memastikan janin berkembang menurut potensi sepenuhnya, khasiat pemakanan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam perjalanan kehamilan anda.

Di bawah ini saya kongsikan keperluan khasiat yang diperlukan dan kenapa:

KEPERLUAN
MENGAPA IA DIPERLUKAN
SUMBER
Karbohidrat
Karbohidrat kompleks merupakan sumber penting untuk serat dan tenaga dan membantu mengelakkan sembelit

Nasi, bijirin, roti bijirin, pasta, kentang
Lemak
Asid-asid lemak poli-taktepu rantaian panjang (LCPUFA) seperti DHA dan ARA menyumbang kepada pembetukan otak dan mata pada janin

Ikan-ikan berminyak (makarel, hering, salmon, tuna), walnut, kacang soya, taufu dan minyak sayuran seperti minyak jagung
Protin
Asid-asid amino yang membentuk protin amat penting dalam tumbesaran bayi

Daging, kekacang, hasil tenusu
Bahan galian
Kalsium amat diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat

Zat besi membantu dalam penghasilan hemoglobin, yang membawa oksigen untuk perkembangan bayi yang optimum

Magnesium mengurang berlakunya sawan, kelahiran pra-matang, dan pendarahan vagina

Zink diperlukan untuk perkembangan janin yang normal. Ianya juga membantu dari segi pembangunan neuro dan ketahanan melawan penyakit si bayi.

Hasil tenusu, sayur-sayuran hijau



Daging tanpa lemak, sayuran, roti bijirin



Sayuran hijau, hasil tenusu, kekacang


Daging, telur, ikan, kekacang

Vitamin
Vitamin B6 diperlukan untuk metabolism protin

Asid folik membantu mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf

Vitamin C penting dalam pembetukkan tulang dan gigi

Vitamin D diperlukan supaya tulang, tisu dan gigi bayi berkembang dengan sempurna
Daging, sayuran, telur, kekacang, bijirin

Buah-buahan, sayuran, daging


Buah-buahan, sayuran hijau


Susu, telur, sardin, cahaya matahari (membantu kulit menghasilkan vitamin)

Air
Memastikan tubuh membekalkan air yang mengcukupi untuk memproses nutrient daripada makanan dan dalam pembetukkan sel-sel baru. Kita perlu minum 6-8 gelas air sehari
Air, jus buah-buahan, susu
Serat
Serat diperlukan untuk mengelakan dari sembelit dan buasir
Kentang, sayuran, bijirin, buah-buahan

Jadi, bakal ibu-ibu semua MESTI BIJAK dalam hal pemakanan ibu hamil! Jangan sebarang makan aje tau! Pemilihan suplemen dan vitamin juga penting. Pilihlah yang semulajadi dan memberi kesan yang optimum!

Semoga dari sedikit usaha dari kita dapat melahirkan anak yang comel dan sihat yang menjadi impian setiap suami isteri.

Jika anda ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA tentang suplemen dan vitamin yang sepatutnya anda amalkan sepanjang kehamilan yang sememangnya semulajadi dan sudah menjadi pilihan ramai ibu di dunia boleh hubungi kami di:

vitasihat@gmail.com

Lihat juga : KLIK (harga ISTIMEWA menanti anda!)


Baca Lagi Tentang:

Detox Membantu Menurunkan Berat Badan

Apabila kita bercerita tentang nak kurus, nak diet pasti kita kurang mengambil peduli tentang detox. Kita hanya tahu mengambil satu-satu produk tetapi langsung tidak mengendahkan bagaimana nak membuang segala toksin dalam badan.

Sebenarnya, detox amat penting dalam membantu anda untuk kurus tanpa masalah dan cepat!

Apa itu detox?
Detox ialah satu proses penghadaman untuk membuangkan toxic dalam badan. Perlu ke pembuangan toxic ini dalam menurunkan berat badan? Ya perlu!

Sebenarnya ia sangat berkait rapat dgn proses penurunan berat badan, dan bukan semata-mata ingin diet mengurangkan pengambilan makanan, tetapi tidak mempedulikan tentang detoksifikasi badan

Apakah kaitan detox dengan berat badan dan bagaimana ia membantu?

Perkara pertama sebelum kita berdiet, kita mesti melakukan detoksifikasi dalam usus kita. Caranya bagaimana? Dengan pembuangan air besar. Sebelum bermula untuk mengawal pemakanan seharian, kita harus dahulukan dengan detox. Proses detox adalah dengan membersihkan usus dari segala toksin, lemak, dan lendir yang melekat di dinding usus dengan mengeluarkan pembuangan air besar.

Pentingnya membersihkan usus sebelum memulakan program diet adalah kerana untuk membenarkan segala nutrisi-nutrisi yg diperlukan badan akan diserap dengan lebih baik. Beberapa nutrisi yang sangat memainkan peranan besar dalam penurunan berat badan ialah:
  • Karbohidrat - membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan agar dpt melakukan pekerjaan seharian.
  • Protein - peranan penting kerana ia adalah zat untuk memperbaiki dan membina tisu otot yg mana meningkatkan jisim otot akan meningkatkan kadar metabolism badan untuk membakar lemak.
  • Fiber -  untuk memudahkan proses penghadaman dan detoksifikasi. 
Manakala vitamin dan mineral adalah nutrisi untuk keperluan tubuh badan untuk membesar dan memberikan kesihatan yang baik.

Protein adalah zat utama dalam menurunkan berat badan. Oleh itu, detoksifikasi amat perlu untuk memastikan protein dapat diserap sepenuhnya oleh usus kita. 

Jika bahan buangan seperti toksik, lemak, melekat di dinding-dinding usus tidak dibuang, segala zat-zat nutrisi daripada sumber pemakanan tak akan dapat diserap dengan baik. Usus yang kotor inilah boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan segainya, termasuklah kesukaran menurunkan berat badan dan menaikkan berat badan.

Dengan ini, bolehkah detox membantu untuk menurunkan berat badan? Ya, ia membantu dari segi memudahkan penyerapan protein dlm tubuh badan dan membina tisu otot utk memudahkan pembakaran lemak. Namun, untuk mengamalkan detox diet bukanlah suatu cara yang terbaik untuk menurunkan berat sungguhpun ia membantu, kerana diet yg membantu untuk mendapat kesihatan yang ideal ialah dengan makanan seimbang.

Di Shaklee, suplemen untuk detox adalah Herb-Lax

Jika anda berminat untuk dapatkan Herb-Lax boleh hubungi kami. Jika anda ingin menurunkan berat badan, kami juga ada SET KURUS SHAKLEE

vitasihat@gmail.com
019-3802899

Tips Turunkan Berat Badan dengan betul

Nak kurus, turunkan berat badan… simple saja sebenarnya.

Konsepnya –> bakar kalori setimpal dengan yang diambil. Tapi.. bagaimana caranya?

KENAPA RAMAI DIET TAPI MASIH TAK BERJAYA?

1) Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mengalami kekurangan nutrisi. Bila kita ‘cut’ makanan kita, kita akan mengalami kekurangan nutrien dan kalori. Memang betul bila kita kurang kalori, badan secara semulajadi akan menggunakan lemak. Tapi sebenarnya ia melibatkan kitaran hormon semulajadi tubuh sebab kita kekurangan nutrien juga. Jadinya, tak elok pun kecuali kalau memang tak ada makanan.

2) Diet kadangkala boleh mengganggu kehidupan sosial kita. Misalnya, serba salah nak join majlis kawan-kawan sebab takut ganggu program diet.

3) Berdiet sehingga memperlahankan metabolisma boleh mendatangkan “kesan yo-yo”

Apakah kesan Yo-Yo?
Kesan Yo-Yo atau Yo-Yo effect terjadi bila kita mengamalkan diet ketat, kerana bila badan kita kurang kalori, ia akan menggunakan lemak dan tisu otot sebagai bahan api. Nitrogen dibebaskan bila berlaku tindakbalas dari tisu otot, dan ia dibersihkan dan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Makin banyak penggunaan tisu otot, makin banyak nitrogen terhasil dan makin banyaklah air perlu dikeluarkan. Keadaan ini boleh menyebbkan berat badan kita menurun oleh sebab pengeluaran air tadi.

Sebenarnya, berat kita masih tak ke mana-mana!
Bila badan kurang kalori, lemak dah habis dan mula guna tisu otot, sebenarnya ia melemahkan lagi fungsi tubuh kita untuk membakar kalori. Ini sebabnya, kalori dibakar oleh otot-otot. Makin besar otot, makin banyak kalori boleh dibakar. Kalau perasan, seorang ahli bina badan perlu makan banyak dan tinggi kalori, untuk memelihara ototnya.

Kita kena jaga otot kita, sebab.. kalau tisu otot kurang, maka kuranglah kalori yang dibakar. Mungkin akan bertambah gemuk 


Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?

Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:

Pelihara otot + bakar lemak ——————-> turun berat.

Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?

1) Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
2) Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
3) Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
4) Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak

Credit:mami lyna


Shaklee menyediakan rangkaian pengurusan berat badan yang mampu membantu anda untuk mencapai impian anda! Sudah ramai yang berjaya, anda bila lagi?? BERTINDAKLAH SEKARANG!

klik untuk lebih jelas
Ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan ambil Cinch Shake Mix kerana ia kurang kalori. Ibu menyusu memerlukan kalori untuk tujuan penyusuan. Jadi ibu menyusu boleh ambil Energizing Soy Protein. 

Jom dapatkan konsultasi tentang cara-cara menurunkan berat badan (produk lain pun ada, bukan protein ni je) dan dapatkan harga special untuk set ni dengan menghantar KOD di bawah ini:


Dengan KOD ini anda layak mendapat Tawaran dan Bonus dari kami!

Jangan lepaskan peluang untuk turunkan berat badan secara semulajadi & sihat

Minyak Ikan - Omega 3

Apakah itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.



Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari. Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
  1. Brain 'booster' 
  2. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung 
  3. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung 
  4. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia) 
  5. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease) 
  6. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini. 
  7. Mengurangkan risiko darah beku 
  8. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan 
  9. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins). 
  10. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  11. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack). 
  12. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic. 
  13. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah 
  14. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  15. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids 
  16. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s 
  17. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis 
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis) 
  19. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma 
  20. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis 
  21. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant). 
  22. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA. 
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang.

Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Fuhhh...banyaknya faedah kesihatan Omega 3.

Oleh kerana itu...ambillah Omega 3 setiap hari! ^-^

credit : Dr. Norman




Susu Kurang Ketika Period? Jom Atasinya!

Bagaimana penyusuan ibu-ibu hari ini? berjalan dengan lancar?

Yang tengah period jangan stress okay..lagi kita stress lagi membantutkan penghasilan susu ibu..

Alamak..nak period lagi, macamana nak buat nie dah la baby kuat menyusu..

Itulah antara keluhan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika period datang.. Jangan salahkan 'kawan baik' kita tu ya.. :)

Itu adalah normal bagi sesetengah ibu menyusu termasuklah saya sendiri. Tapi kita harus tahu bagaimana nak tanganinnya dan yang paling penting jangan STRESS ok. Lalui dengan senyuman ^_^

Dalam melalui perjalanan yang indah ini boleh dikatakan ibu-ibu menyusu akan melalui masalah yang hampir sama tidak terkecualilah saya. Saya sendiri pun mengalami masalah yang sama tapi yang penting ibu-ibu harus BIJAK menanganinya. Jangan takut bagi yg belum period, kerana ini terjadi pada sesetengah org sahaja ^_^

Kenapa susu kurang ketika period?

Bagi sesetengah ibu, masalah kekurangan susu akan berlaku bermula dari pertengahan kitaran (ovulasi) sehingga ke hari pertama atau kedua period, selepas itu ianya akan kembali normal.

Tahap kalsium dalam darah wanita akan berkurangan dalam tempoh ini dan bagi sesetengah ibu yang menyusukan anak akan mengalami kekurangan susu.

Bagi wanita yang mempunyai masalah ini, kalsium / magnesium tambahan boleh membantu. Disamping itu amalan ini juga dapat membantu mengurangkan kekejangan rahim dan beberapa ketidakselesaan prahaid.

Mulakan pengambilan kalsium anda sepanjang ovulasi sehingalah beberapa hari anda period. Jika tempoh kitaran haid yang tidak teratur, maka memulakan kalsium / magnesium pada 14 hari selepas permulaan kitaran haid terakhir anda. Kalau susah nak kira, apa kata amalkan kalsium setiap hari, kan senang!

Dos pengambilan pula : Dos kalsium yang disyorkan adalah antara 500 mg kalsium/250 mg magnesium dan 1500 mg kalsium/750 mg magnesium (dos yang lebih tinggi umumnya lebih berkesan). Kalsium boleh diambil bersama magnesium. Ini kerana magnesium akan membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. 

Pengambilan kalsium bukan hanya penting ketika ibu menyusu period sahaja tetapi sepanjang tempoh penyusuan sebenarnya. Banyak kalsium yang digunakan sepanjang penyusuan tetapi kita tidak menambah atau menggantikan kalsium yang hilang itu. Kalau diikutkan kalsium adalah perkara wajib yang harus ibu menyusu ambil begitu juga ibu yang mengandung. Lama-lama kalsium kurang dan mulalah ibu-ibu sakit, dan akhirnya membawa kepada osteoporosis. Apa itu osteoporosis? Klik SINI

Di Shaklee, supplemen kalsium-magnesium dikenali sebagai OsteoMatrix.Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, bersamaan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium. Saya sendiri mengamalkan pengambilan OsteoMatrix ni, Alhamdulillah susu maintain ketika period dan bonusnya sakit-sakit pinggang hilang! Sebab tu saya suka OsteoMatrix ^_^

Jangan lepaskan peluang ini!!  Cepat sebelum terlambat :)

Jika berminat ingin dapatkan OsteMatrix boleh hubungi :
vitasihat@gmail.com
0126806251 (sms/whatsapp)


Vitamin Yang Menguatkan Otak


Memiliki otak yang pintar dan cerdas adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Apa lagi jika yang memiliki itu adalah anak2 kita, dahn kita sendiri tatkala meningkat usia.

Otak yang pintar dan cerdas memberi kesan kepada setiap keputusan yang kita ambil, reaksi terhadap sesuatu isu malah juga hubungan dengan orang lain.

Hadis Rasulullah SAW “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah” (HR Muslim)

Kuat di sini bermaksud kuat dari semua sudut : fizikal, kesihatan, pemikiran, minda, jatidiri, etc. Kerana kekuatan fardi yang asas itu menjadikan kita lebih mudah menjalankan ibadah serta melibatkan diri dalam masyarakat.

Jadi, otak yang juga dikenali sebagai CPU seorang manusia hendaklah dijaga bukan saja dari segi rohani malah jasmaninya.



Untuk menguatkan otak, tubuh memerlukan:

OMEGA-3, VITAMIN B, VITAMIN C, VITAMIN D & VITAMIN E.

Produk-produk Shaklee yang menyediakan vitamin2 di atas dalam bentuknya yang ringkas:

OMEGA-3
= Omega Guard



VITAMIN B
=B Complex


VITAMIN C
= Vita-C Sustained Release



VITAMIN D
= Ostematrix

VITAMIN E
= Vita E & Selenium


Kajian menunjukkan darah yang mengandungi vitamin di atas menunjukkan perkembangan otak yang sangat baik!

credit : mami lyna

Hubungi kami sekarang untuk dapatkan vitamin semulajadi yang amat bagus untuk otak anda dan keluarga!

Hubungi kami cepat! Kami menawarkan tawaran yang HEBAT hanya untuk yang cepat bertindak sahaja!

vitasihat@gmail.com

Shaklee Omega Guard

Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan terbaik dunia di mana ia diekstrak dari ikan laut air sejuk. Ia buka dari hati minyak ikan. Omega Guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk minyak ikan lain di pasaran, Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. 

Di bawah adalah perbezaan Omega Guard dengan 2 jenama lain di pasaran:


JENAMA A (PRISTIN) – 1200mg
JENAMA B (KORDEL’S) – 1000mg
OMEGA GUARD – 1000mg
EPA
396mg
80mg
545mg
DHA
264mg
120mg
360mg
TOTAL OMEGA-3
660mg
300mg
1000mg
PHARMACEUTICAL GRADE
Yes
No
Yes

Pelbagai manfaat yang anda akan dapat dengan mengambil minyak ikan Shaklee ini:

Klik untuk lebih jelas

Testimoni pengguna Omega Guard untuk anak-anak yang tidak sihat:

Klik untuk lebih jelas


Klik untuk lebih jelas

Jika anda berminat untuk memiliki Shaklee Omega Guard ini boleh hubungi:
vitasihat@gmail.com

Vitamin Kesuburan: Bantu Anda Untuk Hamil!

Tingkatkan kesuburan anda dengan vitamin kesuburan!

Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan anak bebarapa tahun lepas tetapi tidak berhasil?

Adakah anda sentiasa mengharapkan berita gembira tetapi dalam masa yang sama anda sukar hamil?


Kaedah IUI memerlukan kos agak tinggi tetapi hasilnya belum tentu berjaya. Di samping suntikan hormon yang menyakitkan dan menyusahkan. Kaedah IVF juga adalah satu kaedah yang boleh dicuba oleh pasangan yang masih mencuba untuk dapatkan anak. Kaedah ini adalah di mana telur anda dituai dan disenyawakan oleh sperma suami anda dalam tiub ujian. Kaedah ini adalah mahal dan belum tentu mampu bagi semua pasangan.

Syukurlah, ada cara yang lebih semula jadi dengan vitamin kesuburan. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin tertentu, secara semulajadi dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan anda suami isteri.

TIADA PEMBEDAHAN ATAU PROSEDUR YANG MAHAL

Salah satu kelebihan jika anda mengambil vitamin kesuburan adalah anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak! Hanya mengambil vitamin dengan dos yang betul dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Vitamin D membantu badan anda menghasilkan hormon seks. Hormon-hormon ini memberi kesan kepada ovulasi anda dan keseimbangan hormon keseluruhan.

Vitamin C meningkatkan ketersediaan hormon badan. Kajian telah menunjukkan Vitamin C membantu meningkatkan tahap kesuburan di kedua-dua lelaki dan wanita.

Lain-lain nutrien penting memberi impak kesihatan reproduktif dan kesuburan secara keseluruhan: Omega 3 asid lemak, zink, selenium, besi, asid folik, dan Vitamin B12. Dengan memastikan kesihatan optimum organ-organ pembiakan anda, meningkatkan motilitas sperma, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan telur anda. Vitamin yang disenaraikan di atas bekerja dengan badan anda untuk meningkatkan kesuburan secara semulajadi. Vitamin ini membantu menghapuskan ketidakseimbangan hormon dan kerosakan sel yang mengganggu anda untuk mendapatkan zuriat.

Oleh itu, kami ingin membantu anda untuk mencuba  mendapatkan zuriat dengan cara semulajadi yang tidak menyakitkan dan kos yang tidak mahal. 

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang vitamin-vitamin yang dapat membantu anda klik DI SINI

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

Vitamin Selepas Bersalin untuk kehidupan yang lebih sihat!

Kebanyakkan wanita tahu kepentingan vitamin semasa mengandung bagi perkembangan yang sihat anak mereka, tetapi seorang ibu yang menyusu juga memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Walaupun bayi anda akan mendapat apa yang dia perlu daripada susu ibu walaupun anda kekurangan vitamin dan mineral tertentu, diet pemakanan digabungkan dengan makanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan jangka panjang bayi. Vitamin dan mineral tertentu seperti vitamin B6 dan vitamin C dipengaruhi oleh apa yang anda makan, jadi ia adalah penting untuk mengekalkan diet yang sihat untuk memastikan bahawa bayi anda mendapat pemakanan yang mencukupi daripada susu ibu.

Ia boleh menjadi sukar untuk makan dengan baik selepas mengandung dan melahirkan anak. Apabila bayi mengganggu tidur malam anda dan menjadikan kita penat.Setiap hari, kita perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran, 3-4 hidangan produk tenusu, dan 2-3 hidangan protein seperti daging tanpa lemak atau kacang. Ibu menyusu juga harus makan 6-11 hidangan pasta, bijirin dan beras, dan dengan sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.

Penyusuan memerlukan banyak nutrien, jadi kita mungkin perlu suplemen tambahan. Omega 3 adalah penting untuk perkembangan otak bayi kita, dan kalsium yang diperlukan untuk gigi dan tulang yang kuat. Vitamin dan mineral lain adalah zat besi, zink dan magnesium. Sesetengah ibu yang menyusu badan mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi daripada diet mereka, manakala yang lain memerlukan suplemen tambahan untuk membantu menampung kekurangan dalam diet seharian.

sumber: www.mypregnancyguide.com

Ramai ibu di luar sana yang bertanyakan adakah penting mengambil vitamin selepas bersalin?

Jawapan saya adalah: Ya amat penting kerana selepas bersalin ibu akan banyak kehilangan tenaga kerana menguruskan anak-anak, diet yang tidak seimbang kerana kekangan masa, menyusu anak lagi dan dicampur dengan stress dipejabat. Jadi untuk mendapat kesihatan yang optimum si ibu mesti makan dengan diet yang seimbang atau menambah suplemen/vitamin dalam diet seharian.

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan pengambilan vitamin selepas bersalin jarang mengalami masalah sakit urat, pinggang dan tidak mudah lenguh dan penat di samping membekalkan susu yang sihat kepada anak. Anak akan lebih kenyang!

Kami menyediakan Set untuk kesihatan ibu selepas bersalin 


Set ini mengandungi Vitalea (Mutivitamin), B-Complex, Alfalfa (milk booster), Vita C, Ostematrix (kalsium) dan juga ESP (sumber protin dari kacang soya..bagus untuk kulit juga). Kesemua suplemen ini adalah amat diperlukan oleh badan kita. 

Adakah anda mahukan hidup yang sentiasa segar dan sihat? Anda pasti akan gembira dengan hasilnya! Tidak merungut lagi badan rasa tidak segar dan yang pasti susu badan anda akan sentiasa meriah!

Jika anda seorang ibu yang prihatin tentang kesihatan diri sendiri dan anak, anda boleh hubungi kami:
vitasihat@gmail.com
0192106251 (Azie)

**jika anda ingin membeli pek secara individu pun boleh ^_^... atau hubungi kami jika nak tahu apa offer kami!

Sakit Sendi

Apa itu sendi?

Dalam anatomi, istilah "sendi" merujuk kepada titik fizikal yang menyambung antara dua tulang. Sebagai contoh, sendi lutut merujuk kepada sambungan antara tulang paha, dan tibia, atau tulang shin. Sendi juga mengandungi pelbagai tisu bergentian perantara seperti ligamen, yang menghubungkan tulang bersama-sama dan tendon yang menghubungkan otot kepada tulang dan rawan, yang meliputi hujung tulang dan menyediakan beberapa kusyen.

joint structure
Sakit sendi adalah sangat biasa. Sakit lutut adalah aduan yang paling biasa, diikuti oleh bahu dan sakit pinggul, tetapi sakit sendi boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan anda, dari buku lali anda ke bahu anda. Apabila umur makin meningkat, sakit sendi akan menjadi makin biasa.

Bagaimana Terjadinya Sakit Sendi

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Jika anda mengalami sakit sendi, apa kata mencuba ADVANCED JOINT HEALTH TABLET' yang membantu melegakan masalah anda. Pelbagai aktiviti terpaksa dikurangkan kerana masalah sakit sendi.

Adakah anda ingin tampil berkeyakinan tanpa sakit sendi?
Melakukan ibadat tanpa gangguan?
Boleh melakukan aktiviti yang biasa dilakukan bersama kawan-kawan?

Jadi anda perlu ADVANCED JOINT HEALTH TABLET!!

Kenapa ADVANCED JOINT HEALTH TABLET? kerana ianya menyokong kesihatan sendi berpanjangan.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

KENAPA SHAKLEE JOINT HEALTH TABLET INI BERBEZA?

Sentiasa selamat:
100% berasaskan sayur sayuran
Tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis atau pengawetan.
Bebas gluten

Sentiasa berkesan:
Tiada KONDROITIN bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik
Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

Sentiasa mesra alam:
Botol yang dikitar semulajadi dan bebas bisfenol-A (BPA) 

TESTIMONI:



 Apa kata hadiahkan AJHT ini pada insan tersayang! ^_^

Hubungi kami:
vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

Vitamin Kulit Cantik Yang Paling Power!

Vitamin E

Anda mungkin telah menyedari bahawa vitamin E adalah ramuan WAJIB dalam banyak produk penjagaan kulit, seperti losyen badan, serum anti-penuaan, pelembap dan pelembap bibir.Nutrien ini jelas mempunyai reputasi yang baik dalam konteks penjagaan kulit.

Vitamin E adalah salah satu antioksidan paling kuat, tetapi badan anda tidak boleh menghasilkan vitamin E dengan sendiri, ini bermakna anda perlu pastikan anda mendapat cukup nutrien berharga ini dalam diet anda. Makan makanan yang tinggi dengan vitamin E atau mengambil suplemen vitamin E jika anda tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan . Anda boleh membantu mencegah penuaan kulit dan kerosakan anda kepada DNA anda.


Fungsi Vitamin E pada kulit anda
  • Vitamin E adalah antioksidan bioaktif yang paling berkuasa di kalangan semua vitamin
  • Vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda - Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan
  • Vitamin E boleh melindungi kulit daripada sinaran UV dan radikal bebas yang lain dari pencemaran, tekanan, dan merokok.
  • Vitamin E boleh melegakan keradangan, mengurangkan kesan selaran matahari dan memudahkan penyembuhan.
  • Anti penuaan
  • Memperbaiki parut – Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
  • Kajian telah mendapati bahawa vitamin E, serta selenium membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari
  • Ia adalah vitamin larut lemak, jadi ia memberikan anda perlindungan lebih tahan lama daripada vitamin C
  • Membekalkan kulit anda dengan vitamin E yang cukup secara drastik boleh mengurangkan kemunculan kecacatan kulit seperti jerawat dan ‘age spot’
  • Jika anda mengamalkan pengambilan Vitamin C untuk kulit cantik kombinasikan dengan pengambilan Vitamin E, hasilnya akan lebih bombastik!!
Oleh itu, pengambilan Vitamin E adalah sangat perlu walaupun badan tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri. Pengambilan Vitamin E boleh diambil melalui makanan seharian, paling banyaknya dalam minyak biji gandum dan juga dalam kacang, minyak sayuran, minyak bunga matahari, minyak kanola, minyak zaitun, tomato, bayam dan lain-lain sayuran berdaun. 

Tetapi jika diet anda tidak terdiri daripada makanan yang cukup untuk menyediakan anda dengan vitamin E yang anda perlukan, anda boleh mendapatkan ia daripada suplemen kesihatan.

Vitamin E Shaklee
Vitamin E Shaklee
Dibuat dari minyak soya organic minyak biji gandum, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alphatocopherol dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Vitamin E paling lengkap dipasaran!. Mengandungi Selenium mmbantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih berkesan.

Setiap kapsul mengandungi 400IU Vitamin E. Di mana bersamaan dengan 1kg gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam.

Selain membantu mendapatkan kulit yang bebas parut, sentiasa lembap, lembut dan licin, Vitamin E mempunyai pelbagai fungsi lain seperti:
  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif lelaki
  • Memperbaiki arthritis
  • Menghalang keguguran
  • Vitamin Cinta!

Klik untuk lebih jelas


Harga : RM 149 (120 biji)  *dapatkan diskaun anda!
Pengambilan adalah sebiji kapsul sehari.

Jika anda berminat untuk mencuba Vitamin E Shaklee ini selama 30 hari, sila hubungi saya:

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Promosi Shaklee Collagen Powder


Jom pakat ambik serbuk kolagen shaklee untuk cantik!
selain kulit cantik, tulang kita pun sihat, rambut kita pun sihat juga.. Bagi prempuan pula nak tegangkan yg kendur tu ni la jawapannya ^_^

Takkan la kita nak nampak tua dari umur...^_^

Fungsi kolagen untuk badan kita:
KLIK

Disember ni adalah bulan kolagen..memang harga murah giler..rugi tak beli... Diskaun 20% dari retail Price..hihi ni la masa nakwat stok...

Beli 6 kotak FREE 1 kotak
Beli 3 Kotak FREE membership lagi

Cepat2 sebelum habis kat HQ!!

Year End Sale dari kami!!!


Cepat2 sebelum terlambat!!

Dapatkan harga menarik hari ini..terutamanya Collagen Powder!!

Jom tengok sini: KLIK


Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Klik untuk lebih jelas

TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

SERBUK KOLAGEN SHAKLEE TERBAIK!!


Shaklee Collagen Powder

Apakah keistimewaan Collagen Powder Shaklee ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Bukan utk tujuan kecantikan kulit saja, Collagen Powder ni juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:
  • Mencantik dan menyuburkan rambut - Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang.
  • Mencantikkan kuku – Kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah.
  • Menegangkan payudara – Ini pasti disukai semua.. syhhhh!
  • Menguatkan tulang – Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.

Jika berminat untuk dapatkan Shaklee Collagen Powder ini boleh hubungi kami:
vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

Kami menawarkan harga SUPER BEST untuk anda! Jangan lepaskan peluang ini!

Tips Pemakanan Ibu Menyusu

Keperluan pemakanan ketika menyusu adalah serupa ketika hamil , dan wanita disyorkan untuk terus makan sama seperti bagaimana mereka makan semasa kehamilan mereka. Walau bagaimanapun, wanita menyusu memerlukan lebih 200 kalori setiap hari semasa mengandung, dan ia adalah penting bahawa kalori datang dari makanan yang berkhasiat. Wanita menyusu biasanya kehilangan 1-4 paun sebulan tanpa menyekat pengambilan kalori mereka.

Dibawah adalah sumber nutrisi yg boleh ibu menyusu jadikan panduan dalam melalui perjalanan 2 tahun yang sangat indah ^_^
Protein
Ibu menyusu mesti mengambil 2-3 hidangan protein setiap hari. Setiap hidangan bersamaan 3-4 ounces daging, ikan atau ayam. Sumber protein termasuk:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Telur
  • Keju
  • Susu dan yogurt
  • Tofu
  • Dried beans
Nota: The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak mengambil shark, swordfish, king mackerel or tilefish kerana kandungan merkuri yang tinggi.

Kalsium
Cadangan pengambilan kalsium bagi ibu menyusu adalah 1,300 milligrams setiap hari. Lihat pada label nutrisi untuk tahu kandungan kalsium setiap hidangan bagi satu-satu produk. Sumber kalsium adalah:
  • Susu
  • Yogurt
  • cheeses

Zat Besi
Pengambilan zat besi juga penting bagi ibu-ibu yang menyusu yang menggalakkan fungsi otak yang sihat dan pengoksigenan sel. Sumber zat besi adalah:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Dried beans
  • Dried fruit
  • Kuning telur

Nota: The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak mengambil shark, swordfish, king mackerel or tilefish kerana kandungan merkuri yang tinggi.

Vitamin C
Ibu menyusu memerlukan vitamin C lebih dari masa mengandung.Vitamin C memainkan peranan dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, menjadikan ia penting untuk pembangunan yang sepatutnya bayi menyusu. Ia adalah amat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen, protein yang terdapat dalam saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen. Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.
  • Buah-buahan citrus
  • Brokoli
  • Tembikai
  • Potato
  • Tomato
  • Kiwi
  • Cauliflower
  • Kobis

Air
Anda mesti minum air secukupnya setiap hari. Jika anda seorang yang susah nak minum air, apa kata setiap kali menyusu anda minum segelas air. Selain dari air putih biasa, jus, susu dan sup juga boleh.

Senaman dan suhu yang tinggi akan meningkatkan keperluan anda untuk cecair. Oleh itu, minum lebih air jika anda aktif atau ia panas.

Other Tips
Hadkan pengambilan makanan atau minuman berkafein seperti kopi, teh dan soda.
Elakkan minum minuman beralkohol dan merokok.

Berdasarkan tips makanan ibu menyusu di atas menunjukkan bahawa amat penting bagi ibu-ibu mengambilan makanan yang seimbang setiap hari di mana merangkumi pelbagai jenis nutrisi untuk memastikan kesihatan ibu dan anak.

Jika anda telah mengambil makanan yg seimbang, supplemen mungkin tidak diperlukan, akan tetapi adakah nutrisi pemakanan anda seharian cukup??  Cukupkah protin? cukupkah kalsium? cukupkah vitamin C? cukupkah vitamin B? Lagi2 bagi ibu yg bekerjaya dan menguruskan anak-anak sehingga diri sendiri tak terjaga.

Saya bukan ingin menakutkan ibu-ibu semua cuma kesihatan kita dan baby jangan abaikan..Contohnya jika anda kekurangan kalsium,belum sampai waktunya sudah sakit2 belakang dan akhirnya osteoporosis di usia muda. Bagaimana nak jaga keluarga? Cuba baca Osteoporosis

Ibu-ibu juga cepat penat dan mood yang tidak stabil kerana kekurangan zat dalam badan dan akhirnya stress sehingga menggangu penghasilan susu itu sendiri.

Sebab itu ramai ibu yg makan banyak setiap hari TETAPI susu masih kurang dan makin kurang!
Sudah mengepam setiap 3jam dan anak kerap meyusu TETAPI susu mcm tu jugak!

Kenapa ya??? Cuba tengok apa yang anda makan setiap hari.. Mungkin ibu-ibu boleh ubah cara pemakanan seharian atau pun mengambil suplemen untuk menambah zat2 yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Set Ibu Menyusu - KLIK

Saya juga adalah ibu menyusu sebab itu saya nak semua ibu menyusu tahu akan pentingnya pemakanan yg betul!