Resepi Ayam Masak Serai Mudah

Hari ni post pasal resepi lagi..haha Bila dah start memasak, baking dah jadi addicted plak.
Saya ni dah tua anak 3 dah pun tapi bab memasak failed! Bolehlah sikit-sikit takdelah pro macam orang main campak-campak je bahan masuk kuali.

So entry kali nak citer bagaimana saya masak Ayam Masak Serai simple tapi suami dan anak-anak tak berhenti makan! Sedap gituwww..


Bagi saya walaupon lauk ni simple tapi sedap bila pekena dengan nasi panas. Ok jom kita tengok bahan-bahan. Sukatan tu korang budget sendirila ya nak letak banyak mana.

  • Isi ayam tanpa tulang (potong kecil-kecil. Kalau malas nak potong kecil-kecil boleh jer nak pakai seketul besar tapi kalau i is suka yang potong kecil-kecil lagi sebab rasa lebih menusuk gituww)
  • Tepung jagung
  • Cili giling/cili boh
  • Bawang besar (di hiris)
  • Bawang putih (di hiris)
  • Serai
  • Gula
  • Garam
  • Minyak
Cara-cara nak buat:
  • Isi ayam tadi di gaul dengan tepung jagung kemudian goreng sampai masak, jangan garing sangat ya
    isi ayam digauk dengan tepung jagung
goreng sampai masak
  • Setelah masak ketepikan isi ayam tu.. Guna minyak yg sama cuma buang sikit sebab kita taknak guna banyak minyak nak wat sambal ni.
  • Tumis bawah besar, bawang putih dan serai sampai naik bau
  • kemudian masukkan cili boh/cili giling. Masak sehingga garing dan pecah minyak
  • kemudian masukkan sedikit garam. Masukkan juga gula (kalau nak manis letak lebih)
  • Bila betul-betul cili tu dah garing dan pecah minyak, masukkan isi ayam tadi dan gaulkan sekejap saja.
  • Bolehlah dihidangkan :)

Mudah kan?

Orang yang baru belajar nak masak mesti boleh buat resepi ni. 

Selamat mencuba!!


0 comments: