Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label SOLID FOOD. Show all posts
Showing posts with label SOLID FOOD. Show all posts

Makanan Pelengkap : Bila Nak Mula?


Bila nak mula??

Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya kan?

Sebenarnya makanan pelengkap hanya boleh diberikan setelah si manja berusia 6 bulan, ini kerana system penghadaman si manja sudah cukup matang untuk menerima makanan pepejal atau separa pepejal yang berlainan jenis. Selain itu si manja turut menunjukkan tanda2 yang dia sudah bersedia untuk makan!


Apa yang BOLEH anda lakukan
  • Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi, bila si manja sudah boleh membiasakan diri bolehlah perkenalkan makanan ke-dua pula.
  • Tunggu selama 4 hari setelah bagi makanan baru (4 days rule). Masa ni la anda boleh tengok adakah si manja boleh menerima makanan tersebut atau terdapat alahan pada makanan tersebut. 
  • Mulakan dengan sedikit dan tambahlah apabila usia makin meningkat 
  • Bila si manja dah biasakan diri dengan jenis-jenis makanan yang anda bagi dan tiada alahan, maka bolehlah anda mencampurkan makanan tersebut. Contoh, bubur nasi, ayam dan puri sayur. 
  • Tapi pastikan rasa dan tekstur sesuai dengan umur ya. Bayi yg mula-mula nak makan biarlah mananan dikisar halus. 
  • Semasa member makanan pada si manja kalau boleh elakkan benda yang boleh menarik perhatian si manja seperti TV atau mainan. 
  • Apabila sudah sampai waktu yang sesuai boleh ajarkan si manja makan dengan sendir. Pada permulaan mungkin meja, pakaian akan sedikit comot! So ibu-ibu comel sekalian harus bersabar ya.

 Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan
  • TIDAK BOLEH mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap pada si manja ya.
  • TIDAK BOLEH member makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik 
  • TIDAK BOLEH memaksa si manja makan atau memberi makan secara berlebihan. Kenali tanda si manja sudah kenyang seperti memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak minat.

Saya harap dengan sedikit info ini dapat bantu ibu-ibu di luar sana dalam persediaan memberi makanan pelengkap pertama kepada si manja anda  ^_^


Baca Lagi Tentang:

Keperluan Pemakanan Bayi 2 Tahun Pertama


Dalam 2 tahun pertama hayatnya, bayi melalui pertumbuhan dan perkembangan yang paling pesat. Oleh itu kita hendaklah memastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat secukupnya sepanjang tempoh ini bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Susu Ibu
Memberi susu ibu adalah langkah sangat penting dalam memastikan kesihatan bayi. Dalam susu ibu terkandung semua nutrient yang secukupnya untuk si manja anda. Dalam susu ibu ada sebatian imunologi yg sangat penting dalam melindungi bayi dari pelbagai penyakit termasuklah cirit-birit. Lagi satu susu ibu amat mudah dihadam sebab tu kalau anda menyusu anak anda, biasanya mereka akan kerap lapar.

Berapa banyak susu yang bayi perlukan?

Di dalam jadual di bawah menunujukkan bilangan penyususan dan jumlah susu setiap penyusuan sehingga 6 bulan pertama.

Bilangan Penyusuan Setiap Hari
Jumlah Susu Setiap Penyusuan
0-1 bulan
8
60ml
1-2 bulan
7
90ml
2-4 bulan
6
120ml
4-6 bulan
6
150ml

 Makanan Pelengkap
Apabila si manja sudah mencapai usia 6 bulan, susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi. Si manja bertambah besar dan semakin aktif, keperluan tenaga dan pemakanan juga bertambah. Oleh itu pada usia begini si manja memerlukan makanan tambahan atau kita panggil makanan pelengkap. Selain susu ibu, si manja
memerlukan nutrient lain seperti zat besi, zink dan vitamin A.

SOLID FOOD

Apabila bayi anda mencapai usia 6-8 bulan, makanan pelengkap ini membekalkan tenaga satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh si manja. Keperluan makanan pelengkap ini juga bertambah mengikut usia si manja.

Tenaga diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus kekal aktif setiap hari.

Zat Besi : komponen dalam hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan

Zink: Penting untuk tumbesaran dan fungsi system imun

Vitamin A : Membantu mengekalkan kesihatan kulit, dan selaput lendir (mata)

Sumber: Resepi sihat untuk si kecil

Baca Lagi Tentang:

Masa yang sesuai memulakan 'solid food' kepada Simanja anda..

Ramai ibu yang pening memikirkan tentang makanan pertama bayi anda kan? samalah mcm saya, sentiasa berfikir bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan'solid food' atau makanan pelengkap nie.

Bila masa yang sesuai untuk perkenalkan pada bayi anda? Menurut World Health Organization, bayi tidak memerlukan apa-apa makanan selain susu ibu @ formula sahaja sehingga berumur 6 bulan. Ini kerana untuk memberi masa kepada sistem penghadaman bayi berkembang dengan baik. 

Mengapa berbaloi menunggu sehingga bayi betul2 bersedia?
Jika anda menyusukan bayi anda, susu ibu sahaja sudah cukup memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan dan akan berterusan selagi ibu masih menyusukan.
Samaada menyusu susu ibu atau susu formula, dapat menjimatkan masa juga! ini kerana mereka akan cepat belajar makan dengan sendiri dan kuranglah bersepah sana-sini ;)

3 Tanda bayi anda bersedia dengan 'solid food' atau makanan pelengkap:
Setiap bayi adalah berbeza, akan tetapi 3 tanda ini biasanya akan ditunjukkan bersama.

3 Tanda bersama menunjukkan bayi anda bersedia untuk makan

Terdapat juga tanda-tanda yang menyebabkan ibu-ibu mengganggap bayi mereka sudah tidak cukup dengan susu dan mahukan makanan. Contoh yang senang kita nampak adalah apabila bayi mula memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut sambil menjilat-jilat atau sentiasa nak susu. Ibu-ibu semua jangan risau, ini adalah  karenah biasa bayi dan bukanlah tanda-tanda mereka lapar dan bersedia dengan solid food. 

Jadi ibu-ibu cantik semua jangan mengganggap yg bila anak dah mula hisap kain, gigit handphone tu tanda mereka lapar ^-^

Ini adalah sharing dari pembacaan saya, kita masih sama-sama belajar ^_^