Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Nak Ke Bangkok Secara PERCUMA??

Ni haa...ada orang nak bagi FREE 5 BINTANG PERCUTIAN KE BANGKOK!



Tapi paling best, bukan saya sorang je yang dapat. Anda pun berpeluang untuk dapat tau. Pernah dengar Bangkok? haaa...sapa tak kenal bandar yang penuh dengan tempat menarik dan shopping yang best!!

Dekat Bangkok ni banyak tempat nak shopping tau..ada murah ada mahal.. teruja sangat pergi sana.. biasa orang akan plan nak g Bandung kalau nak shopping kan? Apa kata tukar plan, pergi Bangkok plak.

Nak cerita pasal pergi Bangkok FREE tu.. ni Shaklee nak bagi tau. Bukan senang nak dapat 5 star holiday. Siap ada GALA DINNER lagi. Tapi bagaimana nak dapat FREE ni? Kalau korang yang belum jadi ahli Shaklee, cepat-cepat daftar keahlian Shaklee. Murah je RM79.50 jeee...

Meh tengok video Bangkok ni..kasi panas badan sikit..hihi

video

Teruja tak?

Jadi saya nak bagi peluang ni untuk kita sama-sama ke Bangkok! Bukan saya seorang tapi anda semua saya jemput untuk ke Bangkok!! 

Tinggal di Hotel 5 BINTANG, pergi shopping, Gala Dinner lagi..siapa NAK?

Bukan mudah Shaklee nak bawak ahli dia jalan-jalan luar negara dengan trip 5 Bintang tau. So apa tunggu lagi daftar ahli Shaklee cepat-cepat dengan saya ya.

Jika anda berminat nak join Trip PERCUMA ni sila hubungi saya dan saya bagitau bagaimana anda berpeluang nak dapat TRIP PERCUMA ni sambil bawak duit shopping ribu-ribu!

Jika anda serius nak join TRIP ni sila hubungi saya, saya share dengan anda bagaimana

Whatsapp/sms : 012-6806251
Email: vitasihat@gmail.com



Rahsia Rambut Lebat & Sihat


Rambut asyik gugur je? Lama-lama botak kepala ni!


Nak dapat rambut yang sihat kenalah tangani stress kulit kepala. Jadi hari ni saya nak syorkan satu produk dari Shaklee yang dapat menangani masalah stress kulit kepala dan rambut gugur.

Memperkenalkan ramuan ekslusif Nourishing Scalp Treatment gabungan dari 10 jenis vitamin, mineral dan herba untuk suburkan kulit kepala dan rambut. Rambut pun jadi selembut sutera tau.


Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Manfaat NST ni:

  • memberi  tenaga kepada folikel rambut di mana Swertia dan Ginseng merangsang peredaran darah di kulit kepala dan hasilnya memberi tenaga pada folikel rambut. 
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Panthenol pula menguatkan rambut dan memberi kelembutan yang bersinar pada rambut. Sebab tu saya kata ianya dapat merawat rambut gugur ya.
  • Selain itu dapat lindungi rambut kita dari pencemaran
  • Minyak daun pokok teh mampu menyokong kulit kepala mengelak folikel rambut dari tersumbat. 
  • Antioksidan-Superoxide Dismutase (SOD) dan ekstrak teh hijau mampu melindungi rambut dan kulit kepala dari stress persekitaran dan jadikan kulit kepala rasa segar jeee..
  • Zink PCA, Vitamin B6, Sal Palmetto kurangkan kulit kepala dari berminyak
  • Menyokong kelembapan kulit kepala so takdelah kulit kepala rasa kering atau berminyak.
Penggunaan Nourishing Scalp Treatment ni mampu memberi impak rambut yang lebat dan sihat. Kenapa rambut gugur dan menipis? Ini kerana apabila terlampau banyak folikel rambut yang duk ‘berehat’, maknanya folikel tu tak sihatlah atau tersumbat so tak dapat nutrisi dan akhirnya rambut pun segan nak tumbuh. Lama-lama kalau biar memang botaklah.

Kalau yang suka mewarnakan rambut, luruskan dan kerintingkan pun rambut akan terdedah kepada kerosakkan. So Nourishing Scalp Treatment ni membantu menyelesaikan masalah rambut dari akar. TERBUKTI BERKESAN mengurangkan rambut gugur ketika menyikat rambut dan rambut menjadi subur dan kuat.

Ciri-ciri:

  • Formula tanpa bilasan, maknanya tak perlu bilas dan boleh diguna setiap hari
  • Diserap dengan segera dan tidak berminyak
  • Bersih dan halal
  • Bauan botani, tanpa haruman tambahan
  • Keseimbangan PH dan selamat untuk semua jenis rambut
Pengguna yang menggunakan NST
Set Penjagaan Rambut Prosante
Jangan biar lama masalah rambut ni, bukan apa lagi lama biarkan lagi susahlah nak ubati. Jika berminat nak dapatkan produk ni bolehlah hubungi saya ya.

Whatsapp/sms : 012-6806251
Email: vitasihat@gmail.com


TESTIMONI PENGGUNA SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE

Tips Membeli Secara Online Supaya Tak Kena Tipu

Sekarang, membeli secara online atau pun dipanggil membeli dalam talian sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Bukan apa, mudah dan pantas tidak perlu ke kedai tetapi hanya dengan kuasa internet kita boleh shopping!


Dengan hanya beberapa klik saja, kita dapat memiliki barang yang kita nak. Tetapi ramai juga yang kena tipu tau! Ada peniaga-peniaga online yang tak bertanggungjawab mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan. Hati-hati sebab ramai sangat yang menipu di luar sana.

Sebenarnya kita juga mampu mendapat barang yang hebat pada harga yang menarik dengan shopping online ni. Jadi nak pastikan lagi pembelian kita ni berbaloi dan tak kena tipu, tips di bawah mungkin boleh dijadikan panduan.

1 ) Rancang Awal

Budget – tetap kan berapa banyak harga yang kita nak belanjakan termasuklah kos pos. Kebiasaan pembeli online kena sedia maklum tentang kos pos maknanya kena terima kenyataanlah kalau penjual bagitau kos pos sekian-sekian. Sebab ada kes pembeli taknak bayar kos pos tau. Kecualilah kos pos yang dikenakan tidak munasabah.

Apa yang penting kena tahu apakah kegunaan arau ciri-ciri penting barang tu, jangan main beli saja. Mentang-mentang duit banyak, main beli saja. Jangan tak percaya ada tau orang macam ni..hihi

2) Bandingkan Produk

Guna ‘search engine’ - Tujuannya supaya kita dapat lebih banyak maklumat tentang jenama, produk tersebut. Kita boleh tengok tentang review produk tersebut dan tahu jika produk tersebut bahaya, selamat, sesuai atau tak. Takdelah membazirkan bila beli kan?

Baca ‘review’ online – Baca ulasan dari orang lain supaya kita boleh dapat banyak lagi maklumat tentang produk yang kita nak beli tu. Dari review orang tu lah kita boleh buat pilihan.

Reputasi – kena pertimbangkan samada jenama atau seller tersebut memiliki reputasi yang baik supaya tak kena tipuuu..

3) Bandingkan Kos

Perbandingan - sesetengah website akan menyediakan page tentang perbandingan tentang sesuatu produk. Jika anda boleh mencarinya, cuba lihat dulu perbandingan sebelum membeli.

Timbangkan kad diskaun – Cuba untuk mempertimbangkan kupon/kad diskaun jika ada supaya anda boleh berjimat lagi! Jadilah pengguna bijak okay!

Polisi pemulangan – jika sesebuah kedai online itu membuat polisi pemulangan, sila baca dengan teliti ya supaya anda tahu apa perlu dilakukan jika barang yang dibeli ada masalah.

4) Pembayaran

Pilih Cara pembayaran – pilih cara pembayaran paling selamat ya kawan-kawan!

Pastikan bayaran selamat - kena pastikan ya yang pembayaran adalah kepada orang yang betul!

Kita ni kadang teruja sangat nak shopping online, tak check dah semua tu. Deal terus bank in duit lepas tu tunggu barang tak sampai-sampai. Kita taknaklah sampai kena tipukan, so berhati-hatilah ketika membeli secara online atau dalam talian ni.

Saya pernah kena..jadi saya taknak anda semua pun terkena okehh…

Semoga bermanfaat untuk semua.

Selamat Shopping raya!

Baca Lagi Tentang:

Resepi Ayam Masak Serai Mudah

Hari ni post pasal resepi lagi..haha Bila dah start memasak, baking dah jadi addicted plak.
Saya ni dah tua anak 3 dah pun tapi bab memasak failed! Bolehlah sikit-sikit takdelah pro macam orang main campak-campak je bahan masuk kuali.

So entry kali nak citer bagaimana saya masak Ayam Masak Serai simple tapi suami dan anak-anak tak berhenti makan! Sedap gituwww..


Bagi saya walaupon lauk ni simple tapi sedap bila pekena dengan nasi panas. Ok jom kita tengok bahan-bahan. Sukatan tu korang budget sendirila ya nak letak banyak mana.

  • Isi ayam tanpa tulang (potong kecil-kecil. Kalau malas nak potong kecil-kecil boleh jer nak pakai seketul besar tapi kalau i is suka yang potong kecil-kecil lagi sebab rasa lebih menusuk gituww)
  • Tepung jagung
  • Cili giling/cili boh
  • Bawang besar (di hiris)
  • Bawang putih (di hiris)
  • Serai
  • Gula
  • Garam
  • Minyak
Cara-cara nak buat:
  • Isi ayam tadi di gaul dengan tepung jagung kemudian goreng sampai masak, jangan garing sangat ya
    isi ayam digauk dengan tepung jagung
goreng sampai masak
  • Setelah masak ketepikan isi ayam tu.. Guna minyak yg sama cuma buang sikit sebab kita taknak guna banyak minyak nak wat sambal ni.
  • Tumis bawah besar, bawang putih dan serai sampai naik bau
  • kemudian masukkan cili boh/cili giling. Masak sehingga garing dan pecah minyak
  • kemudian masukkan sedikit garam. Masukkan juga gula (kalau nak manis letak lebih)
  • Bila betul-betul cili tu dah garing dan pecah minyak, masukkan isi ayam tadi dan gaulkan sekejap saja.
  • Bolehlah dihidangkan :)

Mudah kan?

Orang yang baru belajar nak masak mesti boleh buat resepi ni. 

Selamat mencuba!!


Resepi Roti Mudah & Sedap!

Minggu lepas saya cuba buat roti untuk anak-anak tau..sebelum ni tak pernah buat pon tiba-tiba je mood datang nak buat..haha. So hari ni saya nak share satu resepi roti yang mudah dan sedap bagi yang baru-baru nak start meroti.

Sebab apa saya kata resepi ni mudah? Sebabnya pakai bahan-bahan yang ada kat dapur aje. Tapi yis kena adalah :)

Alhamdulillah percubaan pertama berjaya!



Okay, tanpa buang masa saya bagi resepinya..

Bahan-bahan :
  • 1 sudu kecil yis (serbuk) - tak kisahlah jenama apa asal hidup
  • 1/2 cawan air suam
  • 3 sudu besar susu pekat
(Bahan-bahan kat atas ni campur dalam satu bekas dan biarkan berbuih)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan butter/marjerin
  • 1 sudu makan gula
(Bahan-bahan di gaul)

Cara-cara nak buat:

  • Setelah bahan yis tadi dah berbuih, masukkan dalam bekas adunan tepung tadi
  • Uli sehingga tak lekat kat tangan dan sebati. Cara nak uli camana? uli macam kita sental baju masa basuh baju :)
  • Lepas dah uli perapkan sehingga kembang 2 kali ganda. Biasanya ambil masa sehingga 2 jam
  • Apabila adunan dah kembang, tumbuk adunan supaya angin keluar dari doh
  • Bila dah tumbuk, uli dan bentukkan atau letaklah inti apa yang anda suka
  • Biarkan seketika dan masukkan dalam oven.
  • Perlu diingat..oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu ya.. suhu sekitar 170-200c
  • Bakarlah sehingga masak
Camana..mudahkan? Tapi seriusly sedap dan lembut. Anak-anak memang suka, malam tu jugak habis tak sempat nak simpan wat breakfast pagi esoknya. 

Inilah hasilnya...ada inti keju, kaya, coklat 
Selamat meroti ya kawan-kawan!


Baca Lagi Tentang:


Turunkan Berat Dengan Cepat Lepas Bersalin Dan Kembali Jadi Miss Universe

Dilema bagi seorang ibu yang baru lepas bersalin ialah masalah berat badan yang degil sangat nak turun dan kulit yang kusam. Kalau naik 10kg oklah ni naik sampai 20-25kg! Turunkan berat dengan cepat lepas bersalin supaya jadi anak dara balik.

Saya turun 20kg lepas bersalin, apa saya buat? Saya buat sama macam akak dalam video ni buat. Kesian dia, badan dah gemuk kulit pulak kusam, sampai gambar lama kat rumah pun orang cakap adik dia.. Tapi bagaimana dia berjaya turun berat sehingga 20kg lepas bersalin tanpa susutkan susu badan dan ada anak susuan lagi. Jom kita tengok apa yang nak dia sampaikan.


Ada orang tanya..yeke ada yang naik sampai 20kg? Jangan tak percaya, saya dah mengandung 3 kali dan ketiga-tiga tu berat saya naik 20kg! Tapi Alhamdulillah semua turun dengan jayanya..malah saya lagi kurus dari adik-adik yang belum kawen.

Nak ke perut macamni? Seluar lama dah takleh pakai sebab peha dah mengembang, perut pun buncit semacam jer..

kurus lepas bersalin

Kalau kita menyusu anak lagi cepat turun berat badan tau sebab bila menyusu ni kita bakar kalori ya..bukan sebarang exercise tu. Saya masa pantang tak pantang makanan sangat sebab saya fikir nak menyusu baby, tapi walaupun saya akan makan 3 kali nasi sehari, Alhamdulillah berat saya tetap turun.

Selain masalah berat badan, ibu lepas bersalin juga biasanya akan alami masalah kulit kusam oleh kerana hormon yang berubah. Rambut pun start gugur dah kan? Jangan biar lama nanti botak pulak. Tengok video Puan Maria atasi rambut gugur.

Nak tak jadi slim macam ni balik?
Jangan sebab mengandung dan melahirkan menjadi alasan untuk kita tak jaga badan. Lepas beranak lagilah kena jaga badan, lagi-lagi untuk suami tercinta. Kalau suami tengok perempuan lain jeles pula.

Cuba bayangkan kalau berat badan tak turun, pastu mengandung lagi bertambah lagi berat badan. Kemudian mengandung lagi..last-last dari 55kg sebelum kawen lepas anak 3 dah 80kg!

Jadi, kalau ibu-ibu semua nak turunkan berat badan dengan cara paling selamat dan berkesan ikut cara puan salwa. Kat pasaran sekarang banyak sangat produk untuk kurus dari Thailand ada, dari China ada macam-macamlah. Kena pandai pilih sebab tu saya syorkan Shaklee sebab produk Shaklee telah melalui ujian klinikal dan selamat untuk manusia.

Ni saya ada satu lagi testimoni Puan Eqin yang berjaya turun sebanyak 15kg dalam masa 3 bulan.

Anda nak turunkan berat badan macam mereka?

Kalau perap lama-lama takut susah nak turun nanti, lagi parah. Turunkan berat badan sekarang dan jadilah Miss Universe untuk suami semula.
Jika anda berminat nak dapatkan Produk Shaklee silalah hubungi saya, konsultasi berterusan untuk customer saya.

Whatsapp/sms : 012-6806251
Email: vitasihat@gmail.com


AIA Takaful Terbaik dan Top kini!

Sekarang ramai sudah merasai kepentingan insurans. Tidak kiralah insurans hayat, medikal kad atau simpanan. Contoh kita boleh lihat medikal kad kini menjadi keperluan bagi setiap ahli keluarga dan sama pentingnya seperti insurans kereta dan sebagainya. AIA Takaful terbaik kini!


Jika anda mempunyai medikal kad, jika anda sakit tak perlu pun mengeluarkan duit simpanan kerana syarikat takaful/insurans akan membayar.

Di AIA Takaful mempunyai medikal kad keluarga yang bagi saya cukup murah. Jika anda mempunyai bilangan anak-anak yang ramai dan memerlukan medikal kad untuk setiap anak dan isteri, bolehlah mengambil pelan medikal kad AIA Takaful ini. AIA Takaful membantu anda melindungi keluarga dengan nilai yang sangat minima.

Ingat bukan sahaja murah TETAPI ianya juga terbaik!

Pakej Medikal Kad Family Plan hanya RM55.20** untuk seorang ahli keluarga. Cover Suami, Isteri dan 4 orang anak. Total ahli yang di cover polisi 6 orang.

Cuma RM331.00 sebulan untuk seisi keluarga bersamaan RM3972.00 setahun.

Setiap ahli keluarga dilindungi RM100,000.00 setahun (guarantee renewal) sehingga umur 100 tahun.

Selain medikal kad, AIA Takaful juga menawarkan pakej-pakej lain seperti :
  • Education Plan 
  • Perlindungan+simpanan 
  • Takaful Hayat
Yang pastinya dengan bayaran minima anda dapat menikmati perlindungan takaful! dan juga ianya patuh syariah.

Nak tahu lebih lanjut?

Saya syorkan anda hubungi Takaful Planner En. Kama :

SMS/Call: 019 2772 899
Whatsapp :  011 2625 2911

Boleh juga mengisi Borang Quotation di SINI terlebih dahulu dan En.Kama akan menghubungi anda. 

“Malang tidak berbau, yang penting lebih baik kita bersedia sebelum kita ditimpa musibah, sakit atau kemalangan yang tidak diduga.”


15 Punca Uban Di Usia Muda Dan Cara Mengatasinya Sebelum Rambut Anda Bertukar Putih!

Uban bukan hanya masalah orang tua tapi dah jadi masalah bagi orang muda dah sekarang. Umur baru 20 dah muncul rambut putih. Artikel kali ini saya nak share tentang punca uban di usia muda dan cara nak atasinya.

Kalau orang tua kita tahulah sebab dah tua memang rambut akan beruban tapi yang pelik bin ajaib bila orang muda pun dah ramai yang beruban. Senang cerita gaya hidup amat mempengaruhi seperti diet tak betul, stress, kurang nutrisi selain dari genetik.

merawat uban

Malu juga muda-muda dah uban kan? Kalau perempuan ok lagi sebab pakai tudung tapi lelaki takleh sorok. Masalah uban di usia muda ni membuatkan hilang keyakinan diri dan segan bila berada dikhalayak ramai.

Jom kita tengok apa 15 punca sebenar rambut kita ni cepat sangat beruban.

1 - Penyakit Tiroid
Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.

2 - Kekurangan Vitamin B12 & zat besi
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

3 - Faktor Keturunan Atau Genetik
Uban yang tumbuh di usia muda juga mungkin disebabkan keturunan. Oleh itu, cuba check tengok keturunan kita tu ramai tak uban di usia muda ni. So kalau ayah atau ibu kita, mungkin untuk uban awal adalah sangat tinggi.

4 - Kekurangan Vitamin C Dan Vitamin E
Kekurangan Vitamin C & E juga menjadi punca uban sebelum usia. Jumlah sel melanin akan berkurang, maka muncullah uban.

5 - Merokok
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.

6 - Suka makan Junk Food
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.

7 - Stress
Sebenarnya stress amat tidak bagus untuk kesihatan kita kerana stress merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik. Stress boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban!

8 - Diet Yang Tidak Seimbang
Diet tidak seimbang mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kekurang nutrisi maka system dalam badan tidak berjalan dengan baik. Sebenarnya bukan sahaja boleh sebabkan uban tetapi juga masalah kesihatan lain yang lebih teruk.

9 - Guna Pengering Rambut
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.

10 - Kulit Kepala Kotor
Yang ni kita tak ambil peduli sangat, kulit kepala kotor pun menjadi punca tau. Bukan setakat rambut uban tetapi juga rambut gugur. So jagalah kebersihan rambut, gunakan shampoo yang sesuai. Dan kalau boleh guna yang organik sebab bebas bahan kimia. Bahan kimia ini punca banyak masalah kesihatan. Saya syorkan amik set Shampoo Prosante.

11 - Penggunaan Pewarna Rambut
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.

12 - Kerap Mencuci Rambut
Mencuci rambut tu bagus untuk elak kulit kepala kotor kan? Tetapi janganlah terlalu kerap kadang-kadang rambut menjadi kering. Sebab tu pilih shampoo yang sesuai, walau kerap guna tapi rambut still lembap dan cantik.

13 - Hormon Yang Tidak Seimbang
Keadaan kulit kepala dan rambut sangat ditentukan oleh perubahan hormon. Penyakit tiroid atau sedang hamil boleh mengakibatkan perubahan hormon.

14 - Mengalami Menopause Awal
Bagi wanita, jika anda mempunyai tanda-tanda menoupause atau telah pun menopause di usia muda, anda berisiko untuk beruban lebih awal.

15 - Kekurangan asid folik
Zat ni sangat penting tau, kekurangan boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh keluar.

Dah tau punca, sekarang cuba cari jalan penyelesaian sebelum uban penuh kepala!

Hanya 3 langkah yang perlu anda amalkan dan berkemungkinan ia melambatkan proses pertumbuhan uban anda.

1 - Elakkan stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2 - Jaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Saya syorkan guna Set penjagaan rambut Pro-sante. Marbeles hasilnya.

3 - Pengambilan nutrisi dalam pemakanan seharian
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. Amalkan pengambilan protein ESP. Selain itu tambahkan vitamin B dan Zat besi dalam diet seharian atau boleh ambil suplemen B-complex Shaklee dan multivitamin Shaklee.

cara hilangkan uban

Secara kesimpulannya, jaga pemakanan anda seharian. Takyah la makan banyak sangat junk food tapi tambah sayur dan buah-buahan. Selain itu ambil protein sebab protein ni membantu mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Tambah vitamin B12 dan zat besi juga.

Semua orang taknak uban di usia muda kan? Saya pun taknak. So apa tunggu lagi, cepat selesaikan masalah anda!

Rambut gugur? Jom atasi segera sebelum botak!


Baca Lagi Tentang:

Cara Berhenti Merokok Mudah Dan Berkesan!

Tahukah anda, orang yang merokok jangka hayat dia lebih pendek dari orang yang tidak merokok? Mereka juga akan dihinggapi pelbagai jenis penyakit kronik yang akan membunuh mereka dan ahli keluarga mereka. Dalam artikel ini saya kongsikan cara berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. 

Saya yakin yang harapan dan impian anda untuk berhenti merokok akan tercapai. Ini dibuktikan dengan pengakuan berani mati lelaki ini berjaya berhenti merokok kerana benda alah tu. Dah macam-macam cara dia cuba, pergi kelas berhenti merokok, tampal itu tampal ini semua tak jalan.

Sehinggalah isteri dia jumpa ni. Terus rasa pelik, dah takde nikmat! Jom kita tengok video kat bawah



Saya tahu jauh disudut hati perokok nak berhenti kan? Macam ayah saya lah, pernah dulu nak berhenti merokok cuba macam-macam dah tak juga berhenti disebabkan ketagihan yang melampau. Tapi yang membuatkan dia terus berhenti adalah kerana dia telah disahkan sakit jantung. Dalam sekelip mata terus berhenti merokok! Tapi takkanlah nak tunggu sakit baru nak berhenti, betul tak?

Di tambah pula apabila isteri asyik merungut mulut berbau, badan berbau dan bibir pun hitam. Perokok ini pun dah sedia maklum akan keburukan merokok, dah tahu merokok ni dapat sakit ni dapat sakit itu tapi kenapa mereka tak berhenti?

Anda nak tak kalau saya bagitau ada 1 cara yang MUDAH dan BERKESAN untuk anda berhenti merokok? 

Seperti yang saya kata tadilah..ketagihan yang melampau sehingga tak dapat nak kawal perasaan dan tak tahu bagaimana cara mudah nak berhenti merokok.

nak berhenti merokok

Bahan kimia dalam rokok

Mungkin ramai yang dah tahu tentang ini, tapi takpelah saya bagitau sikit ya. Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:

  • Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. 
  • Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. 
  • Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. 
  • Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. 
  • Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. 
  • Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. 
  • Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. 
  • Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. 
  • Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. 
  • Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. 
  • Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta
Takut bila bacakan? Bukan zat makanan yang kita dapat tapi racun-racun yang membunuh!

Perokok pasif

Apa dia perokok pasif? Perokok pasif adalah orang yang terdedah kepada asap rokok. Tahukah anda perokok pasif pun akan dapat sakit yang sama sebagaimana perokok? Walaupun mereka tak hisap rokok!

Kesian…jika si ayah selalu merokok di depan isteri dan anak-anak. Si ayah dah mendedahkan keluarga mereka kepada kematian! Tolonglah jangan heret isteri dan anak-anak sama-sama sakit. Jika sayangkan keluarga berusahalah untuk berhenti merokok.

Perokok pasif:
  • 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru.
  • 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung
berhenti merokok

Kesan buruk asap rokok kepada bukan perokok:
  • Rambut — berbau.
  • Otak dan kesan mental — strok
  • Mata — berair dan pedih.
  • Hidung — berasa tidak selesa dan rengsa.
  • Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; memburukkan masalah pernafasan sedia ada seperti asma, penyakit saluran pernafasan kronik (COPD) dan emfisema.
  • Jantung — melemahkan salur darah ke jantung, sakit dada dan serangan jantung.
  • Rahim — bayi dilahirkan kecil (kurang berat), bayi meninggal selepas dilahirkan.
Bagi yang beragama islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keterangan/hujah : SINI 

berhenti merokok dengan cepat

Berhenti merokok dengan VIVIX Shaklee. VIVIX membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan mengalami kelainan apabila merokok. Yang mana akhirnya perokok akan sendiri berhenti merokok ekoran dari rasa yang mereka alami. Mudah kan?

InsyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. Ingat insan tersayang. Anda perlu sihat demi mereka dan jangan biarkan mereka sakit hanya kerana asap rokok yang kita hembus. Hidup kita masih panjang, anak-anak perlu kasih sayang kita lagi. Isteri pun masih perlukan anda dalam hidup mereka. Jangan biarkan mereka merana hanya sebab anda seorang perokok.

Buat isteri-isteri jika anda sayang suami dan nak suami berhenti merokok, hadiahkan mereka Vivix. Takkan anda nak jadi janda dalam sekelip mata kan?

Buatlah sedikit pelaburan demi masa depan anak-anak. Kasih sayang dan kesihatan tak boleh dijual beli..tak ternilai harganya.

Jika anda betul-betul nak berhenti merokok, nak ubah hidup anda. Hubungi saya sekarang!

Whatsapp/sms : 012-6806251
Email: vitasihat@gmail.com


Baca Lagi Tentang:

Cegah Dan Rawatan Demam Denggi Supaya Anda Bebas Denggi

Apa itu Denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Kenali cara cegah dan rawatan demam denggi supaya tidak makin teruk.

UBAT DENGGI

Sebenarnya denggi adalah masalah yang boleh dianggap kritikal dalam dunia kesihatan moden dan bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

Di dalam artikel kali ini saya nak kongsikan:
  1. Tanda dan gejala denggi
  2. Diet & Pemakanan pesakit denggi
  3. Apa pesakit demam denggi perlu buat?
  4. Bagaimana suplemen Shaklee bantu sembuh denggi
Statistik Denggi Terkini

Tanda dan Gejala

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :
  • Demam panas - Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam - Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

Diet & makanan pesakit denggi

Tahukah anda pesakit denggi tidak boleh diberikan makanan berminyak, berlemak, pedas dan masin? Jika mereka diberikan makanan begini keadaan akan menjadi bertambah buruk. Tetapi berikan mereka makanan yang mudah dihadam seperti bubur ataupun makanan yang berkuah.

Elakkan memberi makan daging kerana daging lambat untuk dihadam tetapi ikan lebih baik kerana lebih mudah untuk dihadam. Ini kerana kita tidak mahu member banyak tekanan kepada hati pesakit denggi.

Apa pesakit denggi perlu buat?

  • Banyakkan mengambil cecair (air masak)
  • Mengambil Vitamin C
  • Meningkatkan antibody
  • Mengambil protin yang mencukupi
  • Ambil jus buah-buahan

Bagaimana Suplemen Shaklee boleh membantu?

SUPLEMEN
FUNGSI
Performance Drink

-       Mampu mengekalkan cecair dalam badan supaya tak kering
  Mengurangkan kekejangan dengan menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf
-       Meningkatkan tenaga

OPTI-LYTE
Elektrolit
130mg Sodium
Potassium
Magnesium
Mengekalkan keseimbangan cecair
Karbohidrat ringkas
Glukos & Fruktos
Terus dapat tenaga
Karbihidrat Kompleks
Maltodekstrin
Bantu kekal tenaga
.Nutriferon



-       Kandungan nutriferon – biji labu, Bunga Safflower, Bunga Japanese Honey Suckle dan Biji Plantago
Mampu menguatkan system imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Tapi apa itu interferon? Interferon adalah satu substance dalam badan yang akan member signal kepada kita jika badan kita diserang bacteria, virus atau fungus.
-       Jika interferon tinggi mampu mengelak dari terkena denggi

Vitamin C



-       Bantu serap iron dalam badan supaya berfungsi lebih bagus
-       Menghalang virus denggi merebak
-       Meningkatkan system imunisasi
-       Antioksidan kuat
-       Makanan kepada sel darah putih
-       Bantu tisu-tisu dalam badan untuk ‘attach’ balik

Energizing Soy Protin

-       Pengambilan selepas sembuh dari demam
-       Mengandungi 9 asid amino
-       Mengembalikan kesihatan otot dengan protein soya.


Pakar Nutrisi Shaklee mengesyorkan pengambilan 4 produk ini dalam menangani masalah demam denggi. Sedikit preview :

Jika seseorang kena demam denggi, dia mesti minum air yang banyak. Elakkan makan makanan yang tinggi dengan garam, berlemak, pedas. Pesakit denggi juga perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan system imun.

Selepas sembuh dari demam, pesakit perlu mengambil protin untuk tingkatkan tenaga dalam badan. Seperti yang disyorkan oleh pakar nutrisi kami, pesakit demam denggi boleh mengambil Performance drink untuk mengelak air hilang dari badan. Kemudian Vitamin C untuk mempertingkatkan lagi system imun dalam badan dan meningkatkan sel darah putih. Nutirferon membantu mengaktifkan interferon supaya sel darah putih bekerja dengan lebih efisen. Kemudian ESP untuk meningkatkan tenaga selepas sembuh dari demam.

Nak cegah amalkan 4 produk ni dari awal :)

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...



Jika ada ahli keluarga anda yang mengalami demam denggi ataupun diri anda sendiri amatlah disyorkan mengambil produk ini. Jangan hanya menunggu tapi berusahalah untuk sembuh dan bagi yang belum kena, amalkan.. InsyaALLAH dapat mencegah diri kita dari terkena demam denggi.

Hubungi saya sekarang!

Whatsapp/sms : 012-6806251

Email: vitasihat@gmail.com