Pemakanan Ibu Sewaktu Hamil

Tahniah kerana anda mengandung! Pengalaman dan perjalanan sepanjang kehamilan amat berharga dan manis sekali. ^_^

Anda begitu bertuah kerana dapat merasai detik yang amat didambakan oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Kehadiran anak dalam hidup rumahtangga dapat menceriakan lagi hidup kita kan?

Oleh itu, ibu-ibu semua harus bijak dalam memilih makanan ketika hamil, ini kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu anda untuk mendapat bayi yang comel dan sihat!


Untuk memastikan janin berkembang menurut potensi sepenuhnya, khasiat pemakanan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam perjalanan kehamilan anda.

Di bawah ini saya kongsikan keperluan khasiat yang diperlukan dan kenapa:

KEPERLUAN
MENGAPA IA DIPERLUKAN
SUMBER
Karbohidrat
Karbohidrat kompleks merupakan sumber penting untuk serat dan tenaga dan membantu mengelakkan sembelit

Nasi, bijirin, roti bijirin, pasta, kentang
Lemak
Asid-asid lemak poli-taktepu rantaian panjang (LCPUFA) seperti DHA dan ARA menyumbang kepada pembetukan otak dan mata pada janin

Ikan-ikan berminyak (makarel, hering, salmon, tuna), walnut, kacang soya, taufu dan minyak sayuran seperti minyak jagung
Protin
Asid-asid amino yang membentuk protin amat penting dalam tumbesaran bayi

Daging, kekacang, hasil tenusu
Bahan galian
Kalsium amat diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat

Zat besi membantu dalam penghasilan hemoglobin, yang membawa oksigen untuk perkembangan bayi yang optimum

Magnesium mengurang berlakunya sawan, kelahiran pra-matang, dan pendarahan vagina

Zink diperlukan untuk perkembangan janin yang normal. Ianya juga membantu dari segi pembangunan neuro dan ketahanan melawan penyakit si bayi.

Hasil tenusu, sayur-sayuran hijau



Daging tanpa lemak, sayuran, roti bijirin



Sayuran hijau, hasil tenusu, kekacang


Daging, telur, ikan, kekacang

Vitamin
Vitamin B6 diperlukan untuk metabolism protin

Asid folik membantu mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf

Vitamin C penting dalam pembetukkan tulang dan gigi

Vitamin D diperlukan supaya tulang, tisu dan gigi bayi berkembang dengan sempurna
Daging, sayuran, telur, kekacang, bijirin

Buah-buahan, sayuran, daging


Buah-buahan, sayuran hijau


Susu, telur, sardin, cahaya matahari (membantu kulit menghasilkan vitamin)

Air
Memastikan tubuh membekalkan air yang mengcukupi untuk memproses nutrient daripada makanan dan dalam pembetukkan sel-sel baru. Kita perlu minum 6-8 gelas air sehari
Air, jus buah-buahan, susu
Serat
Serat diperlukan untuk mengelakan dari sembelit dan buasir
Kentang, sayuran, bijirin, buah-buahan

Jadi, bakal ibu-ibu semua MESTI BIJAK dalam hal pemakanan ibu hamil! Jangan sebarang makan aje tau! Pemilihan suplemen dan vitamin juga penting. Pilihlah yang semulajadi dan memberi kesan yang optimum!

Semoga dari sedikit usaha dari kita dapat melahirkan anak yang comel dan sihat yang menjadi impian setiap suami isteri.

Jika anda ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA tentang suplemen dan vitamin yang sepatutnya anda amalkan sepanjang kehamilan yang sememangnya semulajadi dan sudah menjadi pilihan ramai ibu di dunia boleh hubungi kami di:

vitasihat@gmail.com

Lihat juga : KLIK (harga ISTIMEWA menanti anda!)


Baca Lagi Tentang:

Related Posts:

  • SET KESUBURAN SHAKLEESebelum ni saya ada bercerita tentang kelebihan GLA dalam kesuburan wanita dan bagaimana membantu wanita untuk hamil. Tapi adakah cukup GLA sahaja?Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesu… Baca Seterusnya..
  • Cara Menjaga Belakang dan Pelvik Semasa MengandungSemakin sarat kita mengandung semakin sukar bagi otot-otot untuk bergerak dan menstabilkan sendi bahagian belakang dan pelvik anda. Ini akan menyebabkan belakang anda sakit semasa mengandung. Bagaimana cara anda ingin mel… Baca Seterusnya..
  • Berjaya Hamil!!Berjaya hamil?? siapa-siapa? Saya la.... Saya juz nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya dan juga customers saya dan juga bakal-bakal customers saya... :) Actually bukan apa... Nak share dari pengalaman sendiri tenta… Baca Seterusnya..
  • Ingin Hamil?? Kami Bantu Anda!Pada kawan-kawan yg belum hamil dan masih mencuba, yg nak tambah anak tapi belum ade rezeki.. Saya faham perasaan anda sbb saya dulu pun lambat juga.. hampir rm400 jugalah sebulan semata-mata nak anak. Tapi sy tak kisah berh… Baca Seterusnya..
  • Vitamin Kesuburan: Bantu Anda Untuk Hamil!Tingkatkan kesuburan anda dengan vitamin kesuburan! Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan anak bebarapa tahun lepas tetapi tidak berhasil? Adakah anda sentiasa mengharapkan berita gembira tetapi dalam masa yang sama a… Baca Seterusnya..

0 comments: