Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label FRESH LAUNDRY CONCENTRATE. Show all posts
Showing posts with label FRESH LAUNDRY CONCENTRATE. Show all posts

Tips Mudah Membasuh Baju Bagi Ibu Yang Sentiasa Busy

Ramai ibu atau isteri yang merungut sebab remehla nak basuh baju nak-nak bila busy je memanjang. Balik kerja dah penat, nak pilih-pilih baju yang nak basuh lagi. So artikel kali ini saya nak share kan tips mudah membasuh baju bagi ibu-ibu yang sentiasa busy ni.

Saya pun kadang-kadang malas sangat nak basuh baju padahal mesin yang basuh..hihi Bukan sebab malas sangat tapi sebab cerewet, nak kena pilih-pilih lagi takkan main campak saja kan? Nak kena asing lagi baju suami dengan anak-anak.

Saya perlu buat sesuatu, saya baca tips-tips dari ramai orang dan praktikkan. Kerja jadi mudah dan cepat. Oklah sebelum memulakan sesi membasuh apa yang perlu kita tahu adalah jenis fabrik, adakah sesuai basuh guna mesin atau pun tangan, turun warna ke tak..banyaklah kena fikir..

Adakah anda lambakan semua pakaian anda ke dalam mesin basuh dan mencuci mereka pada satu masa?

Tambahkan sedikit usaha sebelum masukkan pakaian dalam mesin basuh pasti akan membawa kepada perubahan yang ketara.
  • Sorting - mengasing kan pakaian mengikut jenis, warna dan kekotoran. Apa yang boleh buat sediakan beberapa bakul dan labelkan. Mudah, bila dah labelkan so dah siap asingkan awal-awal pakaian kita tu. Bila nak basuh nanti mudahla. Nampak macam cerewet kan tapi percayalah bila masa nak basuh nanti pasti korang akan rasa happy!
cara nak sorting tu terpulanglah nak buat camana, tapi kebiasaan asingkan pakaian warna cerah, warna gelap, towel, pakaian anak-anak dan pakaian dalam.
  • Pastu tengoklah pakaian kita tu sesuai cara basuhan camana. Kalau baju yang kita beli mesti akan ada label kan? So boleh asingkan mengikut label tu.
  • Pastikan buang segala mak nenek dalam poket baju atau seluar sebab nanti boleh merosakkan mesin basuh. Mesin rosak dah kena beli baru pulak. kos lagi.
  • Kalau yang berzip, tutuplah zipnya dan kalau berbutang juga kena butangkan sebab taknak bagi butang dan juga mesin rosak.
  • Lagi satu cara nak mudahkan kita, buat jadual. Jadual apa tu? Contohnya hari Sabtu nak basuh apa, hari Ahad nak basuh apa. So follow jadual, takdelah amik masa nak fikir kan hari ni nak basuh cadar ke baju ke towel? Dah jimat masa kan? Tetapi make sure lah korang ikut jadual. Jadual tu terpulanglah nak tulis tangan ke nak printout ke..ikut keselesaan dan kesukaan masing-masing. 
tips cepat basuh baju
Ini adalah contoh jadual, cara nak olah jadual tu bergantung pada anda semua camana nak buat.
  • Dapatkan produk membasuh yang hebat. Maknanya kita tak perlu letak banyak sabun sebab nak hilangkan kotoran, tak meninggalkan bau hapak yang menyebabkan kena basuh pakaian berkali-kali..dah buang masa dan tenaga kan? Dah jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Saya pakai sabun ni Fresh Laundry Concentrate
Kalau kita follow cara-cara kat atas ni, InsyaAllah sangat-sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja mendobi ni. Dah jimat masa kita, nanti nak jemur lagi nak lipat lagi. Itu satu hal lagi, so jadikan kerja membasuh pakaian ni satu kerja yang menyeronokkan!

Baju bau hapak? Macam-macam dah try tapi bau juga hapak. Baca kat sini cara saya hilangkan bau hapak pada pakaian. >>Hilangkan bau hapak pakaian

Semoga perkongsian saya yang sedikit ini dapat membantu ramai wanita dalam menguruskan hal mendobi ni. Ramai yang tak suka sebenarnya kerja-kerja membasuh ni, kalau ada baju pakai buang kan senang..hihi 

Selamat mencuba semua!!!


Hilangkan Bau Hapak Pakaian Supaya Lebih Berkeyakinan Pergi Kerja

"weekkkkkkk....hapaknya bau baju dia"..

Memang memalukan bila seseorang cakap camtu kan? Apabila baju bau hapak kita pun hilang keyakinan, rasa tak selesa dengan bau hapak ni. So, artikel kali ini saya nak kongsikan bagaimana nak hilangkan bau hapak pakaian supaya kita lebih yakin dan selesa.

Saya pernah alami baju bau hapak ni, lambat jemur pun boleh menyebabkan bau hapak juga ya. Almaklumlah sibuk sampai terlupa nak jemur baju. Search la kat google bagaimana cara nak hilangkan hapak baju. Okay saya list kan ya:
  1. Jemur pakaian di bawah matahari terik. TAPI kalau musim hujan dan tak berapa panas pun tak jadi juga
  2. Sembur pewangi. TAPI lagi busuk adala, mula-mula memang wangi tapi dah beberapa jam bau lagi menusuk kalbu..wekkk
  3. Basuh semula. Buat membazir air dan letrik je pulak
  4. Letak bedak tabur dan bungkuskan dalam plastik selama berminggu-minggu. Jenuh nak menunggu berminggu-minggu dah jadi macam dobi plak rumah penuh bungkusan plastik..hihi
Sebelum ni saya ada masalah baju bau hapak dan pelik tak taulah sebab bau sabun ke air ke. Pening jugak memikirkannya yerla lambat sikit jemur dah bau. 

Kadang-kadang stress sangat rasa dah macam-macam cara saya cuba. Suami pun kadang-kadang bagitau juga kenapa baju dia bau tak best ni. Dah cuba jemur bawah kipas almaklumlah duk rumah tinggi takde beranda pun tak jalan juga, tukar sabun lain pun tak jalan juga. Takkanla asyik nak basuh banyak kali buat bazir air dengan letrik saja kan?

Sehinggalah saya berjumpa dengan Sabun Istimewa ni.

Nak tahu sabun apa?

Namanya Fresh Laundry Concentrate. Seronok sangat sebab dah jumpa penawarnya :)

hilangkan bau baju
Inilah sabun yang saya suka tu
Sabun ni amat membantu saya, tak risau lagi kalau terlupa jemur baju dalam mesin basuh atau musim hujan. Sebab tu saya amat syorkan kepada semua wanita supaya pakai sabun ni, tak perlu dah risau baju bau hapak kalau lupa jemur sehari dua hari. Yang penting juga selamat pada kesihatan dan halus pada tangan kita tau. 

Meh saya review sikit pasal sabun ni:

Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
Sebenarnya kebanyakkan sabun yang biasa kita pakai tu mengandungi bahan perengsa namanya Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate yang boleh disedut atau diserap melalui kulit. Bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Kalau bersentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Kalau terhidu boleh merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. 

Sebab tu saya kata sabun ni SELAMAT sebab takde bahan perengsa dan kimia. 

Memang saya dah tak tukar lain dah, dah tak perlu basuh baju banyak kali, dah tak perlu stress sebab baju bau hapak dan yang paling best suami pun tak mengadu lagi dah baju busuk..hihi

Kalau nak lagi best tambah pelembut fabrik nih Soft Fabric Concentrate
pelembut pakaian terbaik
Dapat mengelak pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat cas statik
Anda wajib cuba! Pasti anda akan suka dengan hasilnya.


Dapatkan Fresh Laundry dan Soft Fabric Concentrate  anda HARI INI!

Pasti suami dan anak-anak suka, kita pun lebih yakin tak perlu risau lagi, orang lain tak bau pakaian kita hapak dah.

Jika anda nak dapatkan produk ini, sila la hubungi saya sekarang sebab saya ada benda nak bagi ni.