Masa yang sesuai memulakan 'solid food' kepada Simanja anda..

Ramai ibu yang pening memikirkan tentang makanan pertama bayi anda kan? samalah mcm saya, sentiasa berfikir bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan'solid food' atau makanan pelengkap nie.

Bila masa yang sesuai untuk perkenalkan pada bayi anda? Menurut World Health Organization, bayi tidak memerlukan apa-apa makanan selain susu ibu @ formula sahaja sehingga berumur 6 bulan. Ini kerana untuk memberi masa kepada sistem penghadaman bayi berkembang dengan baik. 

Mengapa berbaloi menunggu sehingga bayi betul2 bersedia?
Jika anda menyusukan bayi anda, susu ibu sahaja sudah cukup memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan dan akan berterusan selagi ibu masih menyusukan.
Samaada menyusu susu ibu atau susu formula, dapat menjimatkan masa juga! ini kerana mereka akan cepat belajar makan dengan sendiri dan kuranglah bersepah sana-sini ;)

3 Tanda bayi anda bersedia dengan 'solid food' atau makanan pelengkap:
Setiap bayi adalah berbeza, akan tetapi 3 tanda ini biasanya akan ditunjukkan bersama.

3 Tanda bersama menunjukkan bayi anda bersedia untuk makan

Terdapat juga tanda-tanda yang menyebabkan ibu-ibu mengganggap bayi mereka sudah tidak cukup dengan susu dan mahukan makanan. Contoh yang senang kita nampak adalah apabila bayi mula memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut sambil menjilat-jilat atau sentiasa nak susu. Ibu-ibu semua jangan risau, ini adalah  karenah biasa bayi dan bukanlah tanda-tanda mereka lapar dan bersedia dengan solid food. 

Jadi ibu-ibu cantik semua jangan mengganggap yg bila anak dah mula hisap kain, gigit handphone tu tanda mereka lapar ^-^

Ini adalah sharing dari pembacaan saya, kita masih sama-sama belajar ^_^

0 comments: