Dalam 2 tahun pertama hayatnya, bayi melalui pertumbuhan dan perkembangan yang paling pesat. Oleh itu kita hendaklah memastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat secukupnya sepanjang tempoh ini bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.
Susu Ibu
Memberi susu ibu adalah langkah sangat penting dalam memastikan kesihatan bayi. Dalam susu ibu terkandung semua nutrient yang secukupnya untuk si manja anda. Dalam susu ibu ada sebatian imunologi yg sangat penting dalam melindungi bayi dari pelbagai penyakit termasuklah cirit-birit. Lagi satu susu ibu amat mudah dihadam sebab tu kalau anda menyusu anak anda, biasanya mereka akan kerap lapar.
Berapa banyak susu yang bayi perlukan?
Di dalam jadual di bawah menunujukkan bilangan penyususan dan jumlah susu setiap penyusuan sehingga 6 bulan pertama.
Bilangan
Penyusuan Setiap Hari
|
Jumlah Susu
Setiap Penyusuan
|
|
0-1 bulan
|
8
|
60ml
|
1-2 bulan
|
7
|
90ml
|
2-4 bulan
|
6
|
120ml
|
4-6 bulan
|
6
|
150ml
|
Makanan Pelengkap
Apabila si manja sudah mencapai usia 6 bulan, susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi. Si manja bertambah besar dan semakin aktif, keperluan tenaga dan pemakanan juga bertambah. Oleh itu pada usia begini si manja memerlukan makanan tambahan atau kita panggil makanan pelengkap. Selain susu ibu, si manja
memerlukan nutrient lain seperti zat besi, zink dan vitamin A.
Apabila si manja sudah mencapai usia 6 bulan, susu ibu sahaja sudah tidak mencukupi. Si manja bertambah besar dan semakin aktif, keperluan tenaga dan pemakanan juga bertambah. Oleh itu pada usia begini si manja memerlukan makanan tambahan atau kita panggil makanan pelengkap. Selain susu ibu, si manja
memerlukan nutrient lain seperti zat besi, zink dan vitamin A.
Apabila bayi anda mencapai usia 6-8 bulan, makanan pelengkap ini membekalkan tenaga satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh si manja. Keperluan makanan pelengkap ini juga bertambah mengikut usia si manja.
Tenaga diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus kekal aktif setiap hari.
Zat Besi : komponen dalam hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan
Zink: Penting untuk tumbesaran dan fungsi system imun
Vitamin A : Membantu mengekalkan kesihatan kulit, dan selaput lendir (mata)
Sumber: Resepi sihat untuk si kecil
Baca Lagi Tentang:
- Makanan Pelengkap : Bila Nak Mula?
- Makanan Pelengkap : Nak Bagi Apa Ya?
1 comments:
Its awesome. Now get fresh birthday cakes for your loved ones from Perpetual Gifts. Visit the Site at wwww.perpetualgifts.com.
Kirim Ulang Tahun Kue (=^.^=)
Ulang Tahun Hadiah Situs (^ _ ^)
Post a Comment