Tips Tambah Susu Ibu

Tahniah!

Kenapa saya ucapkan tahniah??

Kerana bila anda membaca post nie, bermakna anda seorang ibu yang menyusukan anak. Anda amat bertuah kerana melalui pengalaman yang tak semua orang akan lalui.

Cumanya, kadang-kadang timbul masalah itu adalah perkara biasa. Yang penting kita jangan cepat give-up dan berserah sahaja. Masalah yang biasa di hadapi oleh ibu menyusu adalah susu kurang, merudum dan anak tak cukup susu.

Jangan cepat panik!

Cuba tengok dulu apa masalahnya dan cuba atasi. InsyaAllah usaha murni kita Allah akan bantu.

Kat sini saya nak kongsikan beberapa tips tambah susu ibu yang mungkin boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu semua.

1) Kerapkan waktu mengepam jika anda bekerja. Kalau boleh 3 jam sekali. Kadang-kadang kerana kurangnya mengepam ketika berjauhan dengan anak juga menyumbang kepada masalah ini. Melalui pengalaman sendiri, kadang-kadang saya busy dan tak sempat mengepam sangat, tengahari baru mengepam dan bila berlarutan banyak hari memang akan effect saya punya susu. Lagi satu jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.

2) Menjaga pemakanan kita seharian. Pastikan makanan kita makan adalah berkhasiat dan kaya protin. Saya mengambil ESP dalam membekalkan protin seharian. Semua ni membantu penghasilan susu badan kita. Jika kita rasa pengambilan nutrisi seharian tidak mengcukupi kita boleh mengambil suplemen (makanan tambahan) untuk menambah yang kurang. Kalau boleh ibu yang menyusu mengambil jumlah kalori yang cukup kerana kita menggunakan lebih kalori dari orang yang tidak menyusu. Takut gemuk? Jangan risau kita takkan gemuk! Lainkah jika pengambilan kalori intake kita berlebihan. Nak tahu berapa banyak kalori pada satu-satu makanan tu boleh tanya encik 'google' je...hihi

3) Jika anda seorang yang 'open minded', pengambilan milk booster begitu membantu. Milk booster ni macam-macam samaada serasi atau tak je dengan kita. Jangan takut untuk mencuba, tak menyakitkan dan tidak memudaratkan. Dalam banyak-banyak milk booster yang ada dipasaran, saya lebih suka Shaklee bukan kerana saya adalah distributor Shaklee...no..no..no...saya taknak overclaim.. Tapi kerana Shaklee merupakan vitamin/suplemen di mana bagi saya 2 IN 1... boleh membantu menambah segala nutrisi seharian dan jadikan badan kita lebih berfungsi dengan baik dan akhirnya menyumbang kepada kelancaran susu badan. Badan ibu juga perlu sihat untuk pastikan anak anda mendapat susu.

4) Jangan stress ya... pada saya stress cukup mengganggu penghasilan susu badan saya, sebab tu saya takut sangat pada stress. Pernah terjadi kepada saya, 2 minggu susu saya merudum dan lepas tu stress hilang dan susu kembali normal.

5) Jangan lupa selepas segala usaha yang dilakukan, mesti perlu BERDOA dan BERTAWAKAL kepada Allah. Ingat usaha perlu ada.

Saya bukanlah pakar laktasi, apa yang saya tulis adalah melalui pengalaman sendiri yang ingin dikongsi bersama ibu-ibu di luar sana. Lain ibu lain caranya kan?

Semoga dapat bantu ibu-ibu up kan balik susu badan!

Jika anda ingin dapatkan tips lagi boleh email kepada saya ya di vitasihat@gmail.com

Jom tengok video Seorang Peer Counselor Laktasi, Apa Dia Buat





Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup....



0 comments: