Tahniah saya ucapkan pada ibu-ibu yang mempunyai impian untuk memberi susu ibu kepada anak sehingga anak berusia 2 tahun. Amat suci impian ibu-ibu semua tau :)
Akan tetapi bila habis jer berpantang 2 bulan, ade ibu2 yang resah kerana tidak tahu cara untuk membekalkan susu ibu kepada pengasuh atau taska. Maka ramailah ibu-ibu yang mengambil jalan mudah memberikan susu formula sedangkan susu ibu masih banyak dan mencurah-curah lagi.
Sebenarnya ianya tidaklah sesusah mana untuk membekalkan EBM kepada pengasuh atau taska, yang penting pihak pengasuh dan taska juga diberitahu dan memberi kerjasama. EBM atau ‘expressed Breast Milk” adalah susu badan yang sudah diperah.
Di sini saya nak kongsikan bagaimana cara saya membekalkan EBM kepada taska untuk anak pertama dan kedua saya. Anak ke-3 saya tak hantar taska sebab dah berhenti kerja, buat bisness Shaklee sepenuh masa :)
Oleh kerana saya takde amik gambar bagaimana saya buat so saya telah google beberapa gambar mungkin boleh member gambaran kepada ibu-ibu semua.
Ok, saya akan siapkan 5-6 botol sehari EBM kepada taska, setiap botol 3oz. Saya akan campurkan EBM yang beku dan yang belum beku. Kemudian labelkan EBM tersebut dengan no 1-5 supaya pengasuh tahu susu mana yang perlu diambil terlebih dahulu.
Contoh :
Botol pertama – EBM fresh
Botol ke-2 – EBM beku Botol ke-3 – EBM beku
Botol ke-4 – EBM fresh
Botol ke-5 – EBM fresh
*nota: EBM fresh adalah ebm yang belum dibekukan (yg dipam semalam)
Ibu-ibu boleh tengok gambar ni sebagai contoh:
Ihsan Mr. Google |
Kenapa letak EBM beku dan EBM fresh?
Supaya baby dapat susu yang segar, dan supaya stok EBM kita sentiasa berganti dengan yang baru. Perlu di ingat EBM beku harus diambil secara First In First Out tau supaya taklah ada EBM yg terexpired plak J
Kenapa letak EBM fresh no 4 dan 5?
Sebabnya kalau baby minum tak abis, bolehlah disimpan ebm tu..taklah membazir, kalau yg beku tak abis dah tak boleh dibekukan semula ya.
Ok kalau EBM beku, kita keluarkan dan letak di bahagian chiller so esoknya EBM tu akan cair dah.
Lepas tu letak dalam bekas seperti gambar tadi.. sampai saja rumah pengasuh atau taska boleh la terus dimasukkan dalam peti ais. Kalau rumah pengasuh/taska jauh bolehla letak dalam cooler bag atau cooler box terlebih dahulu.
Perlu di ingat kita kena ajarlah pengasuh bagaimana cara nak panaskan EBM dan sebagainya. Oleh itu kita sendiri harus mempunyai ilmu juga ya. Kalau nak mudahkan pengasuh nak panaskan EBM sediakan juga warmer. So mudah sket keje dorang kan?
Akan tetapi sebelum tu survey2 la dulu taska atau pengasuh yg boleh handle EBM ni sebab ada kes yang tak suka ibu-ibu yg bg EBM ni.. cari yang baby friendly :)
Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu semua dan bersedia untuk kembali bekerja.
Salam Sayang dari Azie
Shaklee Independent Distributor Pilihan Ramai :)
Baca Lagi Tentang :
- Tips Tambah susu ibu
- Posisi Menyusu Bayi
- Tips Pemakanan Ibu Menyusu
- Set Menyusu Shaklee
- Travel EBM dari Kampung
0 comments:
Post a Comment