Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Menurut akhbar, di Malaysia seramai 4.6 juta orang menghidap diabetes (kencing manis). Kira-kira 46,000 atau satu peratus daripada 4.6 juta pesakit diabetes di
negara ini terpaksa kehilangan anggota badan terutama di bahagian kaki
dan tangan akibat komplikasi kencing manis
Fakta yang menakutkan bukan?
Oleh itu cegah sebelum kena. Amalkan gaya hidup yang sihat, bersenam dan makan makanan yang seimbang.
Jika anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen untuk membantu anda mencegah diabetes (kencing manis), Shaklee menawarkan rangkaian suplemen yang bebas dadah dan bahan kimia. Kami mencadangkan pengambilan ESP, GLA, B-Complex, Vita C, Zink.
Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.
Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.
Home »
ALFALFA
,
ESP
,
SET DIABETES
,
SHAKLEE
» Jom Cegah Diabetes (Kencing Manis) Dengan Suplemen Shaklee
Jom Cegah Diabetes (Kencing Manis) Dengan Suplemen Shaklee
Related Posts:
Pemakanan Ibu Sewaktu HamilTahniah kerana anda mengandung! Pengalaman dan perjalanan sepanjang kehamilan amat berharga dan manis sekali. ^_^ Anda begitu bertuah kerana dapat merasai detik yang amat didambakan oleh setiap wanita yang bergelar isteri. K… Baca Seterusnya..
Jom Cegah Diabetes (Kencing Manis) Dengan Suplemen ShakleeDiabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan ti… Baca Seterusnya..
Menambah susu ibuTahukah anda, komposisi utama susu ibu terdiri dari protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Dengan protein dan kalsium serta mineral yang mencukupi anak membesar dengan sangat hebat terutama pada seawal usia 0-6 bulan dita… Baca Seterusnya..
Fungsi Pemakanan Tambahan Shaklee Untuk AndaBerikut adalah funngsi pemakanan Shaklee: Vitalea (Multivitamin) Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan. Mem… Baca Seterusnya..
Kebaikan dan Faedah Utama ESP ShakleeEnergizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi da… Baca Seterusnya..
1 comments:
shaklee terbaik dari ladang....
Post a Comment