Cara Menjaga Belakang dan Pelvik Semasa Mengandung

Semakin sarat kita mengandung semakin sukar bagi otot-otot untuk bergerak dan menstabilkan sendi bahagian belakang dan pelvik anda. Ini akan menyebabkan belakang anda sakit semasa mengandung.


Bagaimana cara anda ingin melindungi belakang dan pelvik anda ketika ini?



1) Duduk dengan tegak

Pilihlah kerusi yang belakangnya tegak dan mempunyai tempat rehat tangan kerana ini akan memudahkan kita meluruskan belakang kita.  




2) Tidur lena

Tidur mengiring adalah lebih selesa untuk belakang anda dan cubalah tidur dengan sebelah atau kedua-dua lutut dibengkokkan. Letakkan sebiji bantal berbentuk "wedge" di bawah perut untuk menyokong perut kita semasa tidur. Boleh juga tambah bantal dicelah lutut kita masa kita tidur.




3) Perbaiki postur anda

Cuba berdiri tegak, pastikan bahu kita dalam keadaan selesa dan masukkan sedikit punggung. Dengan cara sebegini dapat kurangkan sebarang ketidakselesaan dan dapat menyokong belakang kita.




4) Elakkan mengangkat barang berat

Cuba untuk tidak mengangkat barang berat, tetapi jika terpaksa dan tiada pilihan lain pastikan kita menggunakan daya kaki dan bukan daya kekuatan belakang kita. Caranya, kita bengkokkan lutut kita seperti posisi mengcangkung dan pastikan belakang kita lurus. Kemudian berdiri dengan menolak badan kita ke atas dengan menggunakan kekuatan peha kita.




5) Turun ke posisi merangkak

Bengkokkan sedikit siku dan pastikan bahagian belakang kita mendatar seperti meja dan kepala selari dengan belakang. Tarik masuk perut kita dengan menguncupkan otot perut sambil melengkungkan sedikit badan kita. Biarkan seketika dan lepaskan. Ini mungkin membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang kita disebabkan oleh berat anak.


6) Pilihlah kasut yang selesa

Tinggallah kasut tumit tinggi anda, pakailah yang leper sehingga kita bersalin ya.. 




7) Kerap bersenam

Senaman yang disyorkan untuk ibu-ibu mengandung adalah seperti kelas senaman air, yoga, berenang, berjalan atau pilates.


sumber: www.babycenter

Harap entry ni dapat bantu anda mengurangkan sakit belakang dan pelvik dan bagi yang belum terkena boleh juga praktikkan untuk elakkan dari terkena :)





Related Posts:

  • Cara Menjaga Belakang dan Pelvik Semasa MengandungSemakin sarat kita mengandung semakin sukar bagi otot-otot untuk bergerak dan menstabilkan sendi bahagian belakang dan pelvik anda. Ini akan menyebabkan belakang anda sakit semasa mengandung. Bagaimana cara anda ingin mel… Baca Seterusnya..
  • Berjaya Hamil!!Berjaya hamil?? siapa-siapa? Saya la.... Saya juz nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya dan juga customers saya dan juga bakal-bakal customers saya... :) Actually bukan apa... Nak share dari pengalaman sendiri tenta… Baca Seterusnya..
  • Vitamin Kesuburan: Bantu Anda Untuk Hamil!Tingkatkan kesuburan anda dengan vitamin kesuburan! Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan anak bebarapa tahun lepas tetapi tidak berhasil? Adakah anda sentiasa mengharapkan berita gembira tetapi dalam masa yang sama a… Baca Seterusnya..
  • Ingin Hamil?? Kami Bantu Anda!Pada kawan-kawan yg belum hamil dan masih mencuba, yg nak tambah anak tapi belum ade rezeki.. Saya faham perasaan anda sbb saya dulu pun lambat juga.. hampir rm400 jugalah sebulan semata-mata nak anak. Tapi sy tak kisah berh… Baca Seterusnya..
  • SET KESUBURAN SHAKLEESebelum ni saya ada bercerita tentang kelebihan GLA dalam kesuburan wanita dan bagaimana membantu wanita untuk hamil. Tapi adakah cukup GLA sahaja?Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesu… Baca Seterusnya..

0 comments: