Sekarang, membeli secara online atau pun dipanggil membeli
dalam talian sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Bukan apa,
mudah dan pantas tidak perlu ke kedai tetapi hanya dengan kuasa internet kita
boleh shopping!
Dengan hanya beberapa klik saja, kita dapat memiliki barang yang kita nak. Tetapi ramai juga yang kena tipu tau! Ada peniaga-peniaga online yang tak bertanggungjawab mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan. Hati-hati sebab ramai sangat yang menipu di luar sana.
Sebenarnya kita juga mampu mendapat barang yang hebat pada harga yang menarik dengan shopping online ni. Jadi nak pastikan lagi pembelian kita ni berbaloi dan tak kena tipu, tips di bawah mungkin boleh dijadikan panduan.
1 ) Rancang Awal
Budget – tetap kan berapa banyak harga yang kita nak belanjakan termasuklah kos pos. Kebiasaan pembeli online kena sedia maklum tentang kos pos maknanya kena terima kenyataanlah kalau penjual bagitau kos pos sekian-sekian. Sebab ada kes pembeli taknak bayar kos pos tau. Kecualilah kos pos yang dikenakan tidak munasabah.
Apa yang penting kena tahu apakah kegunaan arau ciri-ciri penting barang tu, jangan main beli saja. Mentang-mentang duit banyak, main beli saja. Jangan tak percaya ada tau orang macam ni..hihi
2) Bandingkan Produk
Guna ‘search engine’ - Tujuannya supaya kita dapat lebih banyak maklumat tentang jenama, produk tersebut. Kita boleh tengok tentang review produk tersebut dan tahu jika produk tersebut bahaya, selamat, sesuai atau tak. Takdelah membazirkan bila beli kan?
Baca ‘review’ online – Baca ulasan dari orang lain supaya kita boleh dapat banyak lagi maklumat tentang produk yang kita nak beli tu. Dari review orang tu lah kita boleh buat pilihan.
Reputasi – kena pertimbangkan samada jenama atau seller tersebut memiliki reputasi yang baik supaya tak kena tipuuu..
3) Bandingkan Kos
Perbandingan - sesetengah website akan menyediakan page tentang perbandingan tentang sesuatu produk. Jika anda boleh mencarinya, cuba lihat dulu perbandingan sebelum membeli.
Timbangkan kad diskaun – Cuba untuk mempertimbangkan kupon/kad diskaun jika ada supaya anda boleh berjimat lagi! Jadilah pengguna bijak okay!
Polisi pemulangan – jika sesebuah kedai online itu membuat polisi pemulangan, sila baca dengan teliti ya supaya anda tahu apa perlu dilakukan jika barang yang dibeli ada masalah.
4) Pembayaran
Pilih Cara pembayaran – pilih cara pembayaran paling selamat ya kawan-kawan!
Pastikan bayaran selamat - kena pastikan ya yang pembayaran adalah kepada orang yang betul!
Kita ni kadang teruja sangat nak shopping online, tak check dah semua tu. Deal terus bank in duit lepas tu tunggu barang tak sampai-sampai. Kita taknaklah sampai kena tipukan, so berhati-hatilah ketika membeli secara online atau dalam talian ni.
Saya pernah kena..jadi saya taknak anda semua pun terkena okehh…
Semoga bermanfaat untuk semua.
Selamat Shopping raya!
Baca Lagi Tentang:
- Rahsia Rambut Lebat & Sihat
- Set Kulit Cantik, buat pasangan tak jemu pandang
- Atasi rambut gugur, kepala anda takkan botak
- Jadi Ahli Shaklee dan jana pendapatan
- Tips penawar kanser yang doktor pakar pun tak tahu!
- Tips hilangkan bau hapak pakaian
- Cara turunkan tekanan darah dengan berkesan!
- Penawar Gout No. 1!