Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label PENDARAHAN. Show all posts
Showing posts with label PENDARAHAN. Show all posts

PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Salam ibu-ibu sekalian..

Pernah tak mengalami keadaan seperti di atas?

Mak dulu kan anak first and second dua2 mengalami keadaan tu cumanya bukan bleeding yang teruk. Tiga atau empat hari dah tak keluar. Syukur sangat rasa tau.. Masa mengandung anak sulung, kandungan masuk minggu ke-6 tiba2 kluar brown spot cam da akhir2 period tu kan.. Risau masa tu terus amik cuti tanpa gaji sebulan setengah. Alhamdulillah semua ok.

Masa anak ke-2 plak lebih kurang usia kandungan 6 minggu jugak, masa tu jalan2 gi shopping SOGO. Rase mcm tak best area bwh tu, terus g toilet then ade fresh blood mcm period tuu.. Adusss...mmg risau giler time tu then terus g Hospital Sungai Buloh. Doktor check cakap takde pape kita tunggu n lihat jer..kalau kandungan tu tak elok die gugurlah..

Alhamdulillah..syukur sekali lagi rezeki masih ada..kandungan selamat.

So, kadang2 kita ni terlampau risau kan..menerusi sedikit pembacaan mungkin dapat membantu.. kat sini mak sertakan artikel tentang pendarahan

Pendarahan semasa kehamilan awal sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini. 

Anda mungkin mengalami pendarahan "bulus". Hormon kehamilan menahan kitaran hormon kita yang biasa, tetapi variasi dalam kitaran itu masih berlangsung. Beberapa wanita memerhatikan pendarahan bulus di sekitar masa mereka akan didatangi haid jika tidak hamil. Ini disebabkan variasi "latar belakang" dalam tahap hormon. 

Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan bulus. 

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan. 

Pendarahan boleh juga disebabkan
  • jangkitan vagina;
  • jangkitan serviks;
  • polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan. 

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, adalah tidak normal dan anda haruslah berbincang dengan doktor anda mengenainya. 

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda: Di peringkat kehamilan lewat, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Jika kita telah mengalami pendarahan pada awal kehamilan, tidak hairanlah jika kita berasa bimbang. Hubungilah doktor anda. Dia boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.