Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts

Ingin Hamil?? Kami Bantu Anda!

Pada kawan-kawan yg belum hamil dan masih mencuba, yg nak tambah anak tapi belum ade rezeki..

Saya faham perasaan anda sbb saya dulu pun lambat juga.. hampir rm400 jugalah sebulan semata-mata nak anak. Tapi sy tak kisah berhabis duit asalkan dpt anugerah Allah tu.. Alhamdulillah sekarang da 3..maaflah sbb sy tgk ade yg berkira pasal nak anak ni, duit berkepuk2..

Anak adalah rezeki.. sebab tu sy nak sgt bantu kawan-kawan yg ada masalah ni..kita ikhtiar dan mencuba...Allah yg bagi. Tapi jika tiada usaha langsung cemana Allah nak bg.. betul tak??

Ingin merasai pengalaman sebagai ibu?

Saya dulu pun macam tu...apabila berusaha ianya akan amik masa sedikit. Ade orang sebulan da pregnant, ada yang 2 bulan dah pregnant bergantung pada badan masing-masing. Begitu juga produk, ada yang serasi dengan produk A ada yang serasi dengan produk B. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah jangan mudah putus asa, Allah pandang itu semua.

Ramai yang saya tengok, apabila mengambil satu2 produk untuk hamil/kesuburan sebulan mencuba terus giveup bila belum hamil..sedangkan baru sebulan!

Perlu diingat sesetengah produk amik masa untuk serasi dengan badan kita, sebab itu saya nasihatkan cuba konsisten untuk beberapa bulan.

Kerjasama dari suami juga perlu, sebab kadang-kadang anda tidak hamil bukan kerana masalah dari pihak anda tapi suami sebenarnya! Anda mengambil produk tapi suami tidak, sedangkan masalah adalah pada suami maka berusaha macamana pun susahlah anda untuk hamil. Apabila ingin mengambil sesuatu produk untuk hamil atau membantu kesuburan berbincang dengan suami dan pastikan suami berfikiran terbuka untuk bersama-sama anda :) 

Saya bukan pakar sakit puan, saya bukan pakar suamiisteri tapi saya nak bantu anda untuk hamil.

Saya nak kongsikan apa yang saya lakukan untuk hamil sehingga sekarang dah 3 orang anak..Alhamdulillah.

Jika anda sudah berkahwin tak sampai setahun itu normal jika belum mengandung :)

Jika anda sudah banyak tahun berkahwin silalah berjumpa doktor dahulu untuk tahu masalah anda dan suami. Untuk suami boleh pergi check air mani anda di mana2 lab sebab bukan apa...masalah air mani memang ada tetapi sperma di dalam air mani itu yg kurang.. so pergi check bukan apa, kalau sperma lemah so isteri tk dapat  mengandung.. 

Banyak faktor kenapa anda lambat hamil.. ada masalah cyct, fibroid, telur tak matang, sperma lemah etc.

Jika anda berminat dan positif nak saya tolong anda..di bawah adalah apa yg akan saya bantu:

Produk : shaklee (lebih murah dari rm400 tu)
Tips : akan diberikan
Consultation : berterusan secara FREE saja :)

Sebab tu saya nak customers sy yg amik produk kesuburan ni dekat dengan saya supaya saya dapat progress selalu..
Dekat tu bukan bemaksud umah kena dekat..hihi maksud dekat adalah selalu berhubung dengan saya.

Kita ikhtiar ya kawan-kawan, berdoa mintak sungguh-sungguh dengan Allah, dan berserah pada Allah.

Jika kawan-kawan betul-betul positif dan nak mencuba sila hubungi saya ya ^_^


vitasihat@gmail.com


WHATSAPP/SMS : 012-6806251 

Berjaya Hamil!!

Berjaya hamil??

siapa-siapa?

Saya la.... Saya juz nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog saya dan juga customers saya dan juga bakal-bakal customers saya... :)

Actually bukan apa...

Nak share dari pengalaman sendiri tentang kehamilan.

Saya sekarang dah ada anak 2, sekarang alhamdulillah sedang mengandung anak ke-3

Masa nak dapatkan anak pertama ambil masa 10 bulan lepas kahwin.. masa tu saya ambil ubat dan betul2 merancang mengikut kitaran haid saya.. Lagi satu kitaran period saya agak tak tetap, thats why la kot saya susah nak pregnant.

Ambil masa 2 bulan saya mencuba..alhamdulillah saya hamil!

Dan untuk anak ke-2 pula saya pun merancang nak hamil so kena lebihkan usaha sket :) , kalu tak rancang mmg tak pregnant la..:) dan alhamdulillah 2 bulan juga mencuba saya pregnant :)

Jadi, untuk anak ke-3 saya plan nak hamil lepas raya 2013, tapi Allah Maha Mengetahui saya disahkan hamil lebih awal iaitu bulan Feb 2013.. Memang tak sangka sangat sebab kehidupan kami macam biasa je..
Maksudnya tak usaha apa-apa pun.. ;)

Cuma sekarang baru saya terfikir, patutlah ada customer yg berjaya hamil bila ambil SET KESUBURAN SHAKLEE.

Maybe sebab sy amalkan pengambilan Vitamin C, B-Complex, Alfalfa dan ESP menjadikan badan saya lebih sihat dan sistem dalaman berjalan dengan lancar sebab tu saya boleh hamil walaupun tak usaha macam sebelum nie...

Nampaknya saya kena berjaga-jaga la lepas bersalin baby no 3 nie..hihi

Jika anda berminat nak dapatkan Set Kesuburan Shaklee ni, boleh hubungi kami. Kami bantu anda dengan memberi nilai yg berpatutan dan jika anda menjadi customer kami, kami bagi tips :)


vitasihat@gmail.com
019-3802899  



Cara Menjaga Belakang dan Pelvik Semasa Mengandung

Semakin sarat kita mengandung semakin sukar bagi otot-otot untuk bergerak dan menstabilkan sendi bahagian belakang dan pelvik anda. Ini akan menyebabkan belakang anda sakit semasa mengandung.


Bagaimana cara anda ingin melindungi belakang dan pelvik anda ketika ini?



1) Duduk dengan tegak

Pilihlah kerusi yang belakangnya tegak dan mempunyai tempat rehat tangan kerana ini akan memudahkan kita meluruskan belakang kita.  




2) Tidur lena

Tidur mengiring adalah lebih selesa untuk belakang anda dan cubalah tidur dengan sebelah atau kedua-dua lutut dibengkokkan. Letakkan sebiji bantal berbentuk "wedge" di bawah perut untuk menyokong perut kita semasa tidur. Boleh juga tambah bantal dicelah lutut kita masa kita tidur.




3) Perbaiki postur anda

Cuba berdiri tegak, pastikan bahu kita dalam keadaan selesa dan masukkan sedikit punggung. Dengan cara sebegini dapat kurangkan sebarang ketidakselesaan dan dapat menyokong belakang kita.




4) Elakkan mengangkat barang berat

Cuba untuk tidak mengangkat barang berat, tetapi jika terpaksa dan tiada pilihan lain pastikan kita menggunakan daya kaki dan bukan daya kekuatan belakang kita. Caranya, kita bengkokkan lutut kita seperti posisi mengcangkung dan pastikan belakang kita lurus. Kemudian berdiri dengan menolak badan kita ke atas dengan menggunakan kekuatan peha kita.




5) Turun ke posisi merangkak

Bengkokkan sedikit siku dan pastikan bahagian belakang kita mendatar seperti meja dan kepala selari dengan belakang. Tarik masuk perut kita dengan menguncupkan otot perut sambil melengkungkan sedikit badan kita. Biarkan seketika dan lepaskan. Ini mungkin membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang kita disebabkan oleh berat anak.


6) Pilihlah kasut yang selesa

Tinggallah kasut tumit tinggi anda, pakailah yang leper sehingga kita bersalin ya.. 




7) Kerap bersenam

Senaman yang disyorkan untuk ibu-ibu mengandung adalah seperti kelas senaman air, yoga, berenang, berjalan atau pilates.


sumber: www.babycenter

Harap entry ni dapat bantu anda mengurangkan sakit belakang dan pelvik dan bagi yang belum terkena boleh juga praktikkan untuk elakkan dari terkena :)





Pemakanan Ibu Sewaktu Hamil

Tahniah kerana anda mengandung! Pengalaman dan perjalanan sepanjang kehamilan amat berharga dan manis sekali. ^_^

Anda begitu bertuah kerana dapat merasai detik yang amat didambakan oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Kehadiran anak dalam hidup rumahtangga dapat menceriakan lagi hidup kita kan?

Oleh itu, ibu-ibu semua harus bijak dalam memilih makanan ketika hamil, ini kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu anda untuk mendapat bayi yang comel dan sihat!


Untuk memastikan janin berkembang menurut potensi sepenuhnya, khasiat pemakanan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam perjalanan kehamilan anda.

Di bawah ini saya kongsikan keperluan khasiat yang diperlukan dan kenapa:

KEPERLUAN
MENGAPA IA DIPERLUKAN
SUMBER
Karbohidrat
Karbohidrat kompleks merupakan sumber penting untuk serat dan tenaga dan membantu mengelakkan sembelit

Nasi, bijirin, roti bijirin, pasta, kentang
Lemak
Asid-asid lemak poli-taktepu rantaian panjang (LCPUFA) seperti DHA dan ARA menyumbang kepada pembetukan otak dan mata pada janin

Ikan-ikan berminyak (makarel, hering, salmon, tuna), walnut, kacang soya, taufu dan minyak sayuran seperti minyak jagung
Protin
Asid-asid amino yang membentuk protin amat penting dalam tumbesaran bayi

Daging, kekacang, hasil tenusu
Bahan galian
Kalsium amat diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat

Zat besi membantu dalam penghasilan hemoglobin, yang membawa oksigen untuk perkembangan bayi yang optimum

Magnesium mengurang berlakunya sawan, kelahiran pra-matang, dan pendarahan vagina

Zink diperlukan untuk perkembangan janin yang normal. Ianya juga membantu dari segi pembangunan neuro dan ketahanan melawan penyakit si bayi.

Hasil tenusu, sayur-sayuran hijau



Daging tanpa lemak, sayuran, roti bijirin



Sayuran hijau, hasil tenusu, kekacang


Daging, telur, ikan, kekacang

Vitamin
Vitamin B6 diperlukan untuk metabolism protin

Asid folik membantu mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf

Vitamin C penting dalam pembetukkan tulang dan gigi

Vitamin D diperlukan supaya tulang, tisu dan gigi bayi berkembang dengan sempurna
Daging, sayuran, telur, kekacang, bijirin

Buah-buahan, sayuran, daging


Buah-buahan, sayuran hijau


Susu, telur, sardin, cahaya matahari (membantu kulit menghasilkan vitamin)

Air
Memastikan tubuh membekalkan air yang mengcukupi untuk memproses nutrient daripada makanan dan dalam pembetukkan sel-sel baru. Kita perlu minum 6-8 gelas air sehari
Air, jus buah-buahan, susu
Serat
Serat diperlukan untuk mengelakan dari sembelit dan buasir
Kentang, sayuran, bijirin, buah-buahan

Jadi, bakal ibu-ibu semua MESTI BIJAK dalam hal pemakanan ibu hamil! Jangan sebarang makan aje tau! Pemilihan suplemen dan vitamin juga penting. Pilihlah yang semulajadi dan memberi kesan yang optimum!

Semoga dari sedikit usaha dari kita dapat melahirkan anak yang comel dan sihat yang menjadi impian setiap suami isteri.

Jika anda ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA tentang suplemen dan vitamin yang sepatutnya anda amalkan sepanjang kehamilan yang sememangnya semulajadi dan sudah menjadi pilihan ramai ibu di dunia boleh hubungi kami di:

vitasihat@gmail.com

Lihat juga : KLIK (harga ISTIMEWA menanti anda!)


Baca Lagi Tentang:

Vitamin Kesuburan: Bantu Anda Untuk Hamil!

Tingkatkan kesuburan anda dengan vitamin kesuburan!

Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan anak bebarapa tahun lepas tetapi tidak berhasil?

Adakah anda sentiasa mengharapkan berita gembira tetapi dalam masa yang sama anda sukar hamil?


Kaedah IUI memerlukan kos agak tinggi tetapi hasilnya belum tentu berjaya. Di samping suntikan hormon yang menyakitkan dan menyusahkan. Kaedah IVF juga adalah satu kaedah yang boleh dicuba oleh pasangan yang masih mencuba untuk dapatkan anak. Kaedah ini adalah di mana telur anda dituai dan disenyawakan oleh sperma suami anda dalam tiub ujian. Kaedah ini adalah mahal dan belum tentu mampu bagi semua pasangan.

Syukurlah, ada cara yang lebih semula jadi dengan vitamin kesuburan. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin tertentu, secara semulajadi dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan anda suami isteri.

TIADA PEMBEDAHAN ATAU PROSEDUR YANG MAHAL

Salah satu kelebihan jika anda mengambil vitamin kesuburan adalah anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak! Hanya mengambil vitamin dengan dos yang betul dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Vitamin D membantu badan anda menghasilkan hormon seks. Hormon-hormon ini memberi kesan kepada ovulasi anda dan keseimbangan hormon keseluruhan.

Vitamin C meningkatkan ketersediaan hormon badan. Kajian telah menunjukkan Vitamin C membantu meningkatkan tahap kesuburan di kedua-dua lelaki dan wanita.

Lain-lain nutrien penting memberi impak kesihatan reproduktif dan kesuburan secara keseluruhan: Omega 3 asid lemak, zink, selenium, besi, asid folik, dan Vitamin B12. Dengan memastikan kesihatan optimum organ-organ pembiakan anda, meningkatkan motilitas sperma, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan telur anda. Vitamin yang disenaraikan di atas bekerja dengan badan anda untuk meningkatkan kesuburan secara semulajadi. Vitamin ini membantu menghapuskan ketidakseimbangan hormon dan kerosakan sel yang mengganggu anda untuk mendapatkan zuriat.

Oleh itu, kami ingin membantu anda untuk mencuba  mendapatkan zuriat dengan cara semulajadi yang tidak menyakitkan dan kos yang tidak mahal. 

Jika anda berminat untuk mengetahui tentang vitamin-vitamin yang dapat membantu anda klik DI SINI

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

Persiapan Sebelum Hamil

Persiapan sebelum hamil sangat diperlukan bagi seorang perempuan yang merancang untuk hamil. Persiapan kehamilan ini diperlukan kerana ingin memastikan kehamilan yang sihat dan menghasilkan keturunan yang berkualiti yang didambakan oleh keluarga. Ada banyak faktor yang sebaiknya perlu dipersiapkan sebelum seorang perempuan ingin kehamilan di antaranya:

Pemeriksaan Penyakit dan Virus
Pemeriksaan virus rubella, sitomeglovirus, herpes, varicella zoster untuk menghindari terjadinya kecacatan pada janin.
Pemeriksaan virus hepatitis dan virus HIV untuk menghindari diturunkan penyakit akibat virus-virus tersebut kepada janin.
Pemeriksaan penyakit toksoplasmosis, kerana penyakit ini dapat menyebabkan kecacatan dan keguguran.
Pemeriksaan penyakit seksual menular, kerana hal ini dapat menyebabkan kematian ibu, janin, mahupun bayi yang akan dilahirkan. Selain itu juga dilakukan pemeriksaan terhadap penyakit yang sedang dialami seperti asthma, diabetes mellitus dan jantung. Pada Wanita hamil penyakit-penyakit seperti ini dapat mentambah berat dan membahayakan jika tidak dirawat dan pengambilan ubat yang teratur.

Pemeriksaan penyakit akibat kekurangan zat-zat tertentu seperti kekurangan zat besi. kekurangan zat besi dapat menyebabkan anemia. Hal ini dapat menyebabkan kelahiran pramatang dan keguguran.

Pemeriksaan Darah
Pemeriksaan golongan darah dan rhesus/Rh darah (unsur yang mempengaruhi antibodi yang terkandung di dalam sel darah merah) pada pasangan suami isteri dilakukan untuk mengantisipasi perbezaan golongan darah dan rhesus antara darah ibu dan bayinya. Perbezaan golongan darah dan rhesus darah ini dapat mengancam janin dalam kandungan

Persiapan Kewangan
Persiapan kewangan juga penting sebelum berfikir untuk hamil. Anda tentunya menginginkan anak anda mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam bidang apapun.Diantaranya menrangkumi perbelanjaan kesihatan (biaya konsultasi, pemeriksaan, obat dan melahirkan), perbelanjaan selepas melahirkan (tempat tidur bayi, pakaian bayi, selimut, dll) dan persiapkan pula budget untuk hal-hal yang tak terduga.

Persiapan Mental
Keadaan mental amat sangat mempengaruhi kandungan, oleh kerana itu orang tua harus mempersiapkan diri secara mental untuk menghadapi proses ini. Selama sembilan bulan masa kehamilan, biasanya terjadi perubahan-perubahan psikologi tidak hanya pada ibu tetapi juga pada ayah.

Lengkapi diri anda dengan berbagai informasi dan sumber mengenai kehamilan, termasuk belajar dari pengalaman-pengalaman teman atau orang dekat yang sudah melalui saat ini.

Sokongan suami kepada isteri sangat diperlukan, sehingga mentalnya cukup kuat dalam menghadapi proses kehamilan. Membantu isteri dalam menyiapkan keperluan bayi, dan keperluan sepanjang kehamilan. Ini sedikit sebanyak membantu isteri supaya tidak terlampau banyak berfikir dan akhirnya mengganggu emosi.


Sumber : Persiapan Sebelum Kehamilan

Tips Kesuburan Lelaki - Vitamin E!

Benarkah Vitamin E memainkan peranan dalam fungsi seksual dan kesuburan seorang lelaki?

Kajian ini dibuat oleh Mohammad K Moslemi dari Highly Specialized Jihad Daneshgahi Infertility Center, Qom Branch (ACECR), Qom, Iran dan Samaneh Tavanbakhsh dari Department of Urology, School of Medicine, Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran. Kajian bertajuk Selenium–vitamin E supplementation in infertile men: effects on semen parameters and pregnancy rate telah dipublish pada tahun 2011.

Kajian ini melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg).

Antara lain hasil kajian ini menunjukkan bahawa:

- Kadar oksidasi (radikal bebas dalam badan) memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma.
- Kekurangan Selenium dan Vitamin E memberi kesan kepada fungsi kelelakian.

Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutama yang mencuba untuk mendapatkan zuriat, bolehlah mencuba…

Vitamin E lengkap dengan Selenium
Untuk isteri pula GLA Complex adalah cadangan terbaik bagi cepat hamil.
Hubungi saya untuk dapatkan vitamin kesuburan ini. Bukan sahaja 'menyuburkan' malah menghangatkan lagi rumahtangga..InsyaAllah ^_^

credit : mommy lyna

Harga BEST menanti anda!
vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)


Berjaya hamil dengan Shaklee

Alhamdullillah aku pregnant... begitulah kata-kata dari customer yang mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee yang berjaya hamil.

Banyak faktor yang menyebabkan banyak pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga bertahun-tahun tapi masih tidak dikurniakan anak lagi.

Seorang customer ni, dia dan suami telah mengamalkan vitamin hamil Shaklee selama 5 bulan dan hasilnya...dia hamil.. Dia telah mengamalkan pengambilan GLA, B-Complex, Vitamin C, suami pula mengamalkan Vitamin C, Zink dan Vitamin E. Atas usaha dan kesabaran, pasangan ini berjaya. Tahniah diucapkan. Semua ini atas kehendak Allah SWT, manusia tidak berputus asa mencuba disertai doa dan berserah padaNya..

Untuk isteri yang ingin mencuba nak hamil, boleh mengambil GLA Complex, Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa

Untuk suami pula boleh ambil Vitamin E, Zink, Vitamin C dan B-Complex untuk meningkatkan kesuburan sperma.

Jika berminat untuk dapatkan SET kesuburan suami isteri ini, boleh hubungi kami, kami memberi HARGA BEST untuk customer2 kami.

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)


Tanda-Tanda Hamil

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil tidak lama selepas persenyawaan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan. 

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini. 

1. Mengidam 
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 

2. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda. 

4. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. 

5. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 

6. Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 

7. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 

8. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 

9. Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

Dan akhir sekali... 

10. Ujian kehamilan yang positif 
Ujian kehamilan adalah cara yang paling tepat untuk tahu anda hamil atau tidak. Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

credit to : babycenter


SET KESUBURAN SHAKLEE

Sebelum ni saya ada bercerita tentang kelebihan GLA dalam kesuburan wanita dan bagaimana membantu wanita untuk hamil. Tapi adakah cukup GLA sahaja?

Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi:
1) vitalea
2) B Complex
3) Vita-C
4) Alfalfa
5) GLA Complex

Set kesuburan shaklee untuk lelaki mengandungi:
1) Vita Lea
2) B complex
3) Vita C
4) Zinc Complex

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.
Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 
Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.
Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. 
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. 
Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas membantu untuk mendapatkan zuriat. Kita hanya berusaha tapi Allah menentukan. Yang penting jangan berhenti berusaha dan sentiasa berDOA kepada Allah SWT. 

Jika ingin dapatkan set hamil ini boleh hubungi vitasihat di :
vitasihat@gmail.com
0193802899
Distributor ID : 869618

**Harga istimewa khas untuk anda, tidak terdapat pada pengedar yang lain!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KEPENTINGAN MAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG

Salam dan salam sejahtera ibu-ibu semua,

Mak nak share tentang kepentingan makan vitamin semasa mengandung.. Bukan pe ade jugak ibu yang taknak makan vitamin sbb takut anak jadi besar. Mana ada anak jadi besar, malah anak tu mendapat nutrisi secukupnya untuk membantu tumbesaran dia. Contohnya kalsium, ianya perlu untuk membantu membina tulang mereka semasa dalam perut lagi. Oleh itu ibu-ibu semua disarankan mkn buah-buahan, bijirin, sayuran tapi ada diantara kita muntah dengan teruk jadi apalah khasiat dan nutrisi yg kita dapat kan.. Jadi Zink, Kalsium dan Asid Folik adalah diperlukan ketika mengandung.

Oleh itu ibu-ibu tidak seharusnya skip makan vitamin yaa...

Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan za t besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil. Kesan anemia boleh beri kesan pada baby dalam kandungan tau, jadi jangan ambil mudah masalah anemia atau rendah HB ini.

>>Bahaya Anemia Ketika Hamil
Kat sini ada vitamin semula jadi yang dapat membantu ibu-ibu sekalian..

SET MENGANDUNG SHAKLEE

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!
Biasanya kalau hamil dah masuk 3rd trimester ramai mengadu penatlah tak laratlah, tapi dalam video di bawah seorang ibu mengandung 7 bulan bercuti bersama kawan-kawan siap boleh panjat Candi Borobudur. Dan yang paling BEST dia boleh sampai awal dari kawan-kawan yang tak pregnant pun.. Walaupun pregnant tak semestinya tak boleh aktivit lasak tau, yang penting amalkan suplemen yang betul pasti akan segar dan sihat.
Jika nak jadi macam Puan Ainul kita ni..cepat-cepat dapatkan suplemen Shaklee ya. Bukan Puan Ainul saja merasai malah ramai lagi antaranya INI. Eh...amik yang klinik punya tak sama ke?

Tak sama ya sebabnya suplemen Shaklee adalah sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Itu adalah janji Shaklee dan membuat kami berbeza dari produk lain.

Jika anda nak kekal bertenaga dan sihat ketika mengandung cubalah produk Shaklee, pasti anda akan nampak perubahan. Saya dulu masa mengandung langsung tak rasa penat ketika berpuasa. Beza sangat dengan masa mengandung anak no 1 dan 2 tau. 

Anda berminat? Hubungi saya sekarang ya :)

FB : Nor Azimah Hashim 
Whatsapp/sms : 012-6806251
Email: vitasihat@gmail.com 



**Harga istemewa untuk anda!! Ramai dah jatuh hati pd vitamin Shaklee

KOMPILASI KEHAMILAN

Apabila mendapat tahu anda mengndung tentunya anda begitu gembirakan? kan? kan? Mak pon camtu jugak gembira sangat. Tapi kadang-kadang berlaku komplikasi ketika mengandung yg merisaukan anda. Kat sini mak nak share. Ni antara komplikasi yang biasa terjadi, tetapi tidak pada semua ya..


Komplikasi kehamilan


1) Hiperemesis gravidarum          
2) Keguguran pada awal kehamilan 
3) Kehamilan di luar rahim 
4) Kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) 
5) Plasenta previa 
6) 
Praeklampsia
 

PENDARAHAN KETIKA HAMIL

Salam ibu-ibu sekalian..

Pernah tak mengalami keadaan seperti di atas?

Mak dulu kan anak first and second dua2 mengalami keadaan tu cumanya bukan bleeding yang teruk. Tiga atau empat hari dah tak keluar. Syukur sangat rasa tau.. Masa mengandung anak sulung, kandungan masuk minggu ke-6 tiba2 kluar brown spot cam da akhir2 period tu kan.. Risau masa tu terus amik cuti tanpa gaji sebulan setengah. Alhamdulillah semua ok.

Masa anak ke-2 plak lebih kurang usia kandungan 6 minggu jugak, masa tu jalan2 gi shopping SOGO. Rase mcm tak best area bwh tu, terus g toilet then ade fresh blood mcm period tuu.. Adusss...mmg risau giler time tu then terus g Hospital Sungai Buloh. Doktor check cakap takde pape kita tunggu n lihat jer..kalau kandungan tu tak elok die gugurlah..

Alhamdulillah..syukur sekali lagi rezeki masih ada..kandungan selamat.

So, kadang2 kita ni terlampau risau kan..menerusi sedikit pembacaan mungkin dapat membantu.. kat sini mak sertakan artikel tentang pendarahan

Pendarahan semasa kehamilan awal sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini. 

Anda mungkin mengalami pendarahan "bulus". Hormon kehamilan menahan kitaran hormon kita yang biasa, tetapi variasi dalam kitaran itu masih berlangsung. Beberapa wanita memerhatikan pendarahan bulus di sekitar masa mereka akan didatangi haid jika tidak hamil. Ini disebabkan variasi "latar belakang" dalam tahap hormon. 

Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan bulus. 

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan. 

Pendarahan boleh juga disebabkan
  • jangkitan vagina;
  • jangkitan serviks;
  • polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan. 

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, adalah tidak normal dan anda haruslah berbincang dengan doktor anda mengenainya. 

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda: Di peringkat kehamilan lewat, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Jika kita telah mengalami pendarahan pada awal kehamilan, tidak hairanlah jika kita berasa bimbang. Hubungilah doktor anda. Dia boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.