Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label RESEPI ROTI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI ROTI. Show all posts

Resepi Roti Mudah & Sedap!

Minggu lepas saya cuba buat roti untuk anak-anak tau..sebelum ni tak pernah buat pon tiba-tiba je mood datang nak buat..haha. So hari ni saya nak share satu resepi roti yang mudah dan sedap bagi yang baru-baru nak start meroti.

Sebab apa saya kata resepi ni mudah? Sebabnya pakai bahan-bahan yang ada kat dapur aje. Tapi yis kena adalah :)

Alhamdulillah percubaan pertama berjaya!



Okay, tanpa buang masa saya bagi resepinya..

Bahan-bahan :
  • 1 sudu kecil yis (serbuk) - tak kisahlah jenama apa asal hidup
  • 1/2 cawan air suam
  • 3 sudu besar susu pekat
(Bahan-bahan kat atas ni campur dalam satu bekas dan biarkan berbuih)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan butter/marjerin
  • 1 sudu makan gula
(Bahan-bahan di gaul)

Cara-cara nak buat:

  • Setelah bahan yis tadi dah berbuih, masukkan dalam bekas adunan tepung tadi
  • Uli sehingga tak lekat kat tangan dan sebati. Cara nak uli camana? uli macam kita sental baju masa basuh baju :)
  • Lepas dah uli perapkan sehingga kembang 2 kali ganda. Biasanya ambil masa sehingga 2 jam
  • Apabila adunan dah kembang, tumbuk adunan supaya angin keluar dari doh
  • Bila dah tumbuk, uli dan bentukkan atau letaklah inti apa yang anda suka
  • Biarkan seketika dan masukkan dalam oven.
  • Perlu diingat..oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu ya.. suhu sekitar 170-200c
  • Bakarlah sehingga masak
Camana..mudahkan? Tapi seriusly sedap dan lembut. Anak-anak memang suka, malam tu jugak habis tak sempat nak simpan wat breakfast pagi esoknya. 

Inilah hasilnya...ada inti keju, kaya, coklat 
Selamat meroti ya kawan-kawan!


Baca Lagi Tentang: