Bila nak mula??
Ramai ibu-ibu yang tertanya-tanya kan?
Sebenarnya makanan pelengkap hanya boleh diberikan setelah si manja berusia 6 bulan, ini kerana system penghadaman si manja sudah cukup matang untuk menerima makanan pepejal atau separa pepejal yang berlainan jenis. Selain itu si manja turut menunjukkan tanda2 yang dia sudah bersedia untuk makan!
Apa yang BOLEH anda lakukan
- Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi, bila si manja sudah boleh membiasakan diri bolehlah perkenalkan makanan ke-dua pula.
- Tunggu selama 4 hari setelah bagi makanan baru (4 days rule). Masa ni la anda boleh tengok adakah si manja boleh menerima makanan tersebut atau terdapat alahan pada makanan tersebut.
- Mulakan dengan sedikit dan tambahlah apabila usia makin meningkat
- Bila si manja dah biasakan diri dengan jenis-jenis makanan yang anda bagi dan tiada alahan, maka bolehlah anda mencampurkan makanan tersebut. Contoh, bubur nasi, ayam dan puri sayur.
- Tapi pastikan rasa dan tekstur sesuai dengan umur ya. Bayi yg mula-mula nak makan biarlah mananan dikisar halus.
- Semasa member makanan pada si manja kalau boleh elakkan benda yang boleh menarik perhatian si manja seperti TV atau mainan.
- Apabila sudah sampai waktu yang sesuai boleh ajarkan si manja makan dengan sendir. Pada permulaan mungkin meja, pakaian akan sedikit comot! So ibu-ibu comel sekalian harus bersabar ya.
Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan
- TIDAK BOLEH mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap pada si manja ya.
- TIDAK BOLEH member makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik
- TIDAK BOLEH memaksa si manja makan atau memberi makan secara berlebihan. Kenali tanda si manja sudah kenyang seperti memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak minat.
Saya harap dengan sedikit info ini dapat bantu ibu-ibu di luar sana dalam persediaan memberi makanan pelengkap pertama kepada si manja anda ^_^
Baca Lagi Tentang:
- Keperluan Pemakanan Bayi 2 Tahun Pertama
- Makanan Pelengkap : Nak Bagi Apa Ya?