Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Membekal EBM ke Taska / Pengasuh


Tahniah saya ucapkan pada ibu-ibu yang mempunyai impian untuk memberi susu ibu kepada anak sehingga anak berusia 2 tahun. Amat suci impian ibu-ibu semua tau :)

Akan tetapi bila habis jer berpantang 2 bulan, ade ibu2 yang resah kerana tidak tahu cara untuk membekalkan susu ibu kepada pengasuh atau taska. Maka ramailah ibu-ibu yang mengambil jalan mudah memberikan susu formula sedangkan susu ibu masih banyak dan mencurah-curah lagi.

Sebenarnya ianya tidaklah sesusah mana untuk membekalkan EBM kepada pengasuh atau taska, yang penting pihak pengasuh dan taska juga diberitahu dan memberi kerjasama. EBM atau ‘expressed Breast Milk” adalah susu badan yang sudah diperah.

Di sini saya nak kongsikan bagaimana cara saya membekalkan EBM kepada taska untuk anak pertama dan kedua saya. Anak ke-3 saya tak hantar taska sebab dah berhenti kerja, buat bisness Shaklee sepenuh masa :)

Oleh kerana saya takde amik gambar bagaimana saya buat so saya telah google beberapa gambar mungkin boleh member gambaran kepada ibu-ibu semua.

Ok, saya akan siapkan 5-6 botol sehari EBM kepada taska, setiap botol 3oz. Saya akan campurkan EBM yang beku dan yang belum beku. Kemudian labelkan EBM tersebut dengan no 1-5 supaya pengasuh tahu susu mana yang perlu diambil terlebih dahulu.

Contoh : 
Botol pertama – EBM fresh
Botol ke-2 – EBM beku
Botol ke-3 – EBM beku
Botol ke-4 – EBM fresh
Botol ke-5 – EBM fresh

*nota: EBM fresh adalah ebm yang belum dibekukan (yg dipam semalam)

Ibu-ibu boleh tengok gambar ni sebagai contoh:

 
Ihsan Mr. Google


Kenapa letak EBM beku dan EBM fresh?
Supaya baby dapat susu yang segar, dan supaya stok EBM kita sentiasa berganti dengan yang baru. Perlu di ingat EBM beku harus diambil secara First In First Out tau supaya taklah ada EBM yg terexpired plak J

Kenapa letak EBM fresh no 4 dan 5?


Sebabnya kalau baby minum tak abis, bolehlah disimpan ebm tu..taklah membazir, kalau yg beku tak abis dah tak boleh dibekukan semula ya.

Ok kalau EBM beku, kita keluarkan dan letak di bahagian chiller so esoknya EBM tu akan cair dah.

Lepas tu letak dalam bekas seperti gambar tadi.. sampai saja rumah pengasuh atau taska boleh la terus dimasukkan dalam peti ais. Kalau rumah pengasuh/taska jauh bolehla letak dalam cooler bag atau cooler box terlebih dahulu.

Perlu di ingat kita kena ajarlah pengasuh bagaimana cara nak panaskan EBM dan sebagainya. Oleh itu kita sendiri harus mempunyai ilmu juga ya. Kalau nak mudahkan pengasuh nak panaskan EBM sediakan juga warmer. So mudah sket keje dorang kan?

membekal ebm pengasuh

Akan tetapi sebelum tu survey2 la dulu taska atau pengasuh yg boleh handle EBM ni sebab ada kes yang tak suka ibu-ibu yg bg EBM ni.. cari yang baby friendly :)

Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu semua dan bersedia untuk kembali bekerja.

Salam Sayang dari Azie
Shaklee Independent Distributor Pilihan Ramai :)

Baca Lagi Tentang :

Kebaikan dan Faedah Utama ESP Shaklee

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kebaikan dan Faedah Utama ESP Shaklee:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. Pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon

Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Baik Untuk Prostat Lelaki


Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

4. Rahsia Kulit Sentiasa Remaja

ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Jika anda seorang yang menjaga kecantikkan, di saran mengambil ESP ini. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Membaiki Masalah Pigmentasi


Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.


Jika berminat untuk dapatkan ESP ini @ bertanya tentang harga, boleh hubungi:


vitasihat@gmail.com


SMS - 019-3802899
WHATSAPP : 012-6806251

*hubungi kami untuk special price!!


Tips Tambah Susu Ibu

Tahniah!

Kenapa saya ucapkan tahniah??

Kerana bila anda membaca post nie, bermakna anda seorang ibu yang menyusukan anak. Anda amat bertuah kerana melalui pengalaman yang tak semua orang akan lalui.

Cumanya, kadang-kadang timbul masalah itu adalah perkara biasa. Yang penting kita jangan cepat give-up dan berserah sahaja. Masalah yang biasa di hadapi oleh ibu menyusu adalah susu kurang, merudum dan anak tak cukup susu.

Jangan cepat panik!

Cuba tengok dulu apa masalahnya dan cuba atasi. InsyaAllah usaha murni kita Allah akan bantu.

Kat sini saya nak kongsikan beberapa tips tambah susu ibu yang mungkin boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu semua.

1) Kerapkan waktu mengepam jika anda bekerja. Kalau boleh 3 jam sekali. Kadang-kadang kerana kurangnya mengepam ketika berjauhan dengan anak juga menyumbang kepada masalah ini. Melalui pengalaman sendiri, kadang-kadang saya busy dan tak sempat mengepam sangat, tengahari baru mengepam dan bila berlarutan banyak hari memang akan effect saya punya susu. Lagi satu jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.

2) Menjaga pemakanan kita seharian. Pastikan makanan kita makan adalah berkhasiat dan kaya protin. Saya mengambil ESP dalam membekalkan protin seharian. Semua ni membantu penghasilan susu badan kita. Jika kita rasa pengambilan nutrisi seharian tidak mengcukupi kita boleh mengambil suplemen (makanan tambahan) untuk menambah yang kurang. Kalau boleh ibu yang menyusu mengambil jumlah kalori yang cukup kerana kita menggunakan lebih kalori dari orang yang tidak menyusu. Takut gemuk? Jangan risau kita takkan gemuk! Lainkah jika pengambilan kalori intake kita berlebihan. Nak tahu berapa banyak kalori pada satu-satu makanan tu boleh tanya encik 'google' je...hihi

3) Jika anda seorang yang 'open minded', pengambilan milk booster begitu membantu. Milk booster ni macam-macam samaada serasi atau tak je dengan kita. Jangan takut untuk mencuba, tak menyakitkan dan tidak memudaratkan. Dalam banyak-banyak milk booster yang ada dipasaran, saya lebih suka Shaklee bukan kerana saya adalah distributor Shaklee...no..no..no...saya taknak overclaim.. Tapi kerana Shaklee merupakan vitamin/suplemen di mana bagi saya 2 IN 1... boleh membantu menambah segala nutrisi seharian dan jadikan badan kita lebih berfungsi dengan baik dan akhirnya menyumbang kepada kelancaran susu badan. Badan ibu juga perlu sihat untuk pastikan anak anda mendapat susu.

4) Jangan stress ya... pada saya stress cukup mengganggu penghasilan susu badan saya, sebab tu saya takut sangat pada stress. Pernah terjadi kepada saya, 2 minggu susu saya merudum dan lepas tu stress hilang dan susu kembali normal.

5) Jangan lupa selepas segala usaha yang dilakukan, mesti perlu BERDOA dan BERTAWAKAL kepada Allah. Ingat usaha perlu ada.

Saya bukanlah pakar laktasi, apa yang saya tulis adalah melalui pengalaman sendiri yang ingin dikongsi bersama ibu-ibu di luar sana. Lain ibu lain caranya kan?

Semoga dapat bantu ibu-ibu up kan balik susu badan!

Jika anda ingin dapatkan tips lagi boleh email kepada saya ya di vitasihat@gmail.com

Jom tengok video Seorang Peer Counselor Laktasi, Apa Dia Buat





Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup....



Cara Menyusu bayi - Posisi Menyusu

Ramai di antara ibu-ibu yang tak tahu tentang posisi yang betul untuk menyusu termasuklah saya ketika melalui pengalaman pertama menyusukan anak. Rupanya ada pelbagai posisi yang sesuai untuk menyusu bayi nie.

kat sini saya kongsikan beberapa posisi/cara menyusu bayi kita yang saya ambil dari babycentre:


 lying down with your bodies parallel


holding your baby across your lap, using the opposite arm to the breast he is feeding from



holding your baby across your lap, supporting him with the same arm as your breast



holding your baby underarm



holding your babies in any combination, if you have twins and want to feed them together

So, bagi bakal ibu mungkin boleh praktis..hihi nanti tak kekok..Saya masih ingat lagi masa bersalin anak pertama, memang kekok giler nak menyusu baby. Pusing sini tak kena pusing sana tak kena, tapi bila dah beberapa hari baru ok.. Pengalaman yang takleh lupakan, anak pun dah 3 semuanya breastfeed. Alhamdulillah

Saya suka cara yang no 3, mudah sket caranya tu tapi ade juga yang suka cara pertama sebab boleh baring skali nga baby. Lepas tu terus lelap..hihi

Tak kisahla cara macamana pun yang penting baby kenyang kan?

Ok, tahniah buat ibu yang sedang menyusu anak, dan tahniah juga buat yang sedang menanti cahayamata semoga perkongsian ini mampu memberi sedikit manfaat dan info.

Kongsikan jika anda rasa artikel ini boleh membantu ramai ibu yang menyusu badan!

Jom tengok video kat bawah, seorang Peer Counselor Laktasi. Apa yang dia buat




Video : Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup....


Tips Pemakanan Ibu Menyusu

Keperluan pemakanan ketika menyusu adalah serupa ketika hamil , dan wanita disyorkan untuk terus makan sama seperti bagaimana mereka makan semasa kehamilan mereka. Walau bagaimanapun, wanita menyusu memerlukan lebih 200 kalori setiap hari semasa mengandung, dan ia adalah penting bahawa kalori datang dari makanan yang berkhasiat. Wanita menyusu biasanya kehilangan 1-4 paun sebulan tanpa menyekat pengambilan kalori mereka.

Dibawah adalah sumber nutrisi yg boleh ibu menyusu jadikan panduan dalam melalui perjalanan 2 tahun yang sangat indah ^_^
Protein
Ibu menyusu mesti mengambil 2-3 hidangan protein setiap hari. Setiap hidangan bersamaan 3-4 ounces daging, ikan atau ayam. Sumber protein termasuk:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Telur
  • Keju
  • Susu dan yogurt
  • Tofu
  • Dried beans
Nota: The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak mengambil shark, swordfish, king mackerel or tilefish kerana kandungan merkuri yang tinggi.

Kalsium
Cadangan pengambilan kalsium bagi ibu menyusu adalah 1,300 milligrams setiap hari. Lihat pada label nutrisi untuk tahu kandungan kalsium setiap hidangan bagi satu-satu produk. Sumber kalsium adalah:
  • Susu
  • Yogurt
  • cheeses

Zat Besi
Pengambilan zat besi juga penting bagi ibu-ibu yang menyusu yang menggalakkan fungsi otak yang sihat dan pengoksigenan sel. Sumber zat besi adalah:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Dried beans
  • Dried fruit
  • Kuning telur

Nota: The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan ibu menyusu tidak mengambil shark, swordfish, king mackerel or tilefish kerana kandungan merkuri yang tinggi.

Vitamin C
Ibu menyusu memerlukan vitamin C lebih dari masa mengandung.Vitamin C memainkan peranan dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu, menjadikan ia penting untuk pembangunan yang sepatutnya bayi menyusu. Ia adalah amat penting dalam pertumbuhan tulang, gigi dan kolagen, protein yang terdapat dalam saluran darah, tulang rawan, tendon dan ligamen. Ia juga membantu meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.
  • Buah-buahan citrus
  • Brokoli
  • Tembikai
  • Potato
  • Tomato
  • Kiwi
  • Cauliflower
  • Kobis

Air
Anda mesti minum air secukupnya setiap hari. Jika anda seorang yang susah nak minum air, apa kata setiap kali menyusu anda minum segelas air. Selain dari air putih biasa, jus, susu dan sup juga boleh.

Senaman dan suhu yang tinggi akan meningkatkan keperluan anda untuk cecair. Oleh itu, minum lebih air jika anda aktif atau ia panas.

Other Tips
Hadkan pengambilan makanan atau minuman berkafein seperti kopi, teh dan soda.
Elakkan minum minuman beralkohol dan merokok.

Berdasarkan tips makanan ibu menyusu di atas menunjukkan bahawa amat penting bagi ibu-ibu mengambilan makanan yang seimbang setiap hari di mana merangkumi pelbagai jenis nutrisi untuk memastikan kesihatan ibu dan anak.

Jika anda telah mengambil makanan yg seimbang, supplemen mungkin tidak diperlukan, akan tetapi adakah nutrisi pemakanan anda seharian cukup??  Cukupkah protin? cukupkah kalsium? cukupkah vitamin C? cukupkah vitamin B? Lagi2 bagi ibu yg bekerjaya dan menguruskan anak-anak sehingga diri sendiri tak terjaga.

Saya bukan ingin menakutkan ibu-ibu semua cuma kesihatan kita dan baby jangan abaikan..Contohnya jika anda kekurangan kalsium,belum sampai waktunya sudah sakit2 belakang dan akhirnya osteoporosis di usia muda. Bagaimana nak jaga keluarga? Cuba baca Osteoporosis

Ibu-ibu juga cepat penat dan mood yang tidak stabil kerana kekurangan zat dalam badan dan akhirnya stress sehingga menggangu penghasilan susu itu sendiri.

Sebab itu ramai ibu yg makan banyak setiap hari TETAPI susu masih kurang dan makin kurang!
Sudah mengepam setiap 3jam dan anak kerap meyusu TETAPI susu mcm tu jugak!

Kenapa ya??? Cuba tengok apa yang anda makan setiap hari.. Mungkin ibu-ibu boleh ubah cara pemakanan seharian atau pun mengambil suplemen untuk menambah zat2 yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Set Ibu Menyusu - KLIK

Saya juga adalah ibu menyusu sebab itu saya nak semua ibu menyusu tahu akan pentingnya pemakanan yg betul!

Mesti Baca!! Faedah menyusu badan

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda rapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan makanan pejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan kepada bayi.

Faedah menyusu badan kepada bayi:

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema.

Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.





Faedah menyusu badan kepada ibu:

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah selepas bersalin

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat sicomel membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Banyak faedah dan kebaikan menyusu badan. Jadi tidak rugi kepada anda yg sudah atau sedang atau akan menyusukan anak.

saya bayi susu ibu...hihi
'Susu ibu tiada tandingannya' ^_^

Menambah susu ibu

Tahukah anda, komposisi utama susu ibu terdiri dari protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Dengan protein dan kalsium serta mineral yang mencukupi anak membesar dengan sangat hebat terutama pada seawal usia 0-6 bulan ditambah pula metabolisme bayi masih rendah pada ketika itu. Namun pada selepas usia itu, protein masih memainkan peranan penting kerana protein perlu untuk meneruskan pertumbuhan si anak tadi sehingga dia berhenti menyusu susu ibu.

Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang berkualiti sangat penting. Sebab itu ramai yag mencuba Shaklee ESP kerana mengandungi 7 ciri di bawah :

(1) Ditanam secara organic
(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
(3) Mengandungi 9 asid amino penting
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
(5) Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6) Diproses tanpa dipanaskan
(7) Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)




Sedikit soal jawab tentang protein..

1. Setiap hari saya makan ikan dan ayam yang kaya dengan protien, tidakkah zat itu mencukupi?


Jawapan: Protien terbaik adalah bersumberkan tumbuh2an seperti soya terutamanya. 

2. Saya kerap minum air soya dari kotak mahupun soya panas yang dijual di gerai2…tidakkah ia sudah memadai?

Jawapan: Tidak. Supplement soya mengandungi enzim dalam memastikan ia memberi kesan baik kepada tubuh. Enzim ini sangat sensitif. Ianya hidup pada suhu tidak BOLEH LEBIH daripada 36 darjah celcius.Kebanyakkan makanan dan minuman yang mengandungi protien akan di masak pada suhu melebih 100 darjah celcius. Yang tinggal adalah sisa makanan semata2….enzim juga mati pada takat didih. 

3. Benarkah soya meningkatkan pengeluaran susuibu?

Jawapan: Kandungan tertinggi dalam susuibu ialah protien. Protien ialah sumber utama kepada pembentukkan sel. Apabila seseorang ibu itu mengambil soya maka si ibu itu tadi telah meningkatkan kandungan nutrisi susuibu dan kandungan protien di dalam susuibu. Dengan ini penghasilan susuibu berlaku dengan lebih cepat. 

sumber : Anakkuwiraku

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Berminat untuk dapatkan ESP? Sila hubungi kami, kami memberi harga SPECIAL untuk anda

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

MENAMBAH SUSU BADAN

Seronok rasa apabila bercakap dan bercerita tentang susu ibu. Saya sendiri pun meyusukan anak2 saya. Orang kata cabaran dan dugaan banyak dalam mencapai target kita untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun kan? Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah cuma apa yang ingin dikongsi di sini adalah melalui pengalaman saya sendiri.

Persediaan sebelum melahirkan anak pertama pada 2010. Telah ku search mcm2 topik tentang penyusuan susu ibu, bagaimana menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Tapi orang baru belajar setakat pembacaan mungkin paham dari segi teori tapi bukan praktikal kan. Tidak berusaha untuk bertanya pada kawan2 yang pernah breastfeed anak.

Apabila bersalin agak gelabah kerana tak pandai nak pegang baby betul-betul masa nak susukan dia. Agak sukar nak baby tu latch bila pegang baby tak betul.. Masa tu rase mcm down sangat2. Tapi berkat usaha Alhamdulillah berjaya jugak. Masa dalam pantang mcm2 saya search tentang penyusuan susu ibu.

Dugaan menyusu ni apabila susu mula kurang..panik sebab stok tak byk.. So saya pon search la apa yang perlu dilakukan jika susu kurang.. Yang penting perlu ada demand n supply, so kene kerapkan sesi mengepam masa kat ofis selain dari itu ada juga amik vitamin shaklee set menyusu.. Alhamdulillah susu makin banyak dan bernutrisi. Susu lebih pekat dari sebelum nie.

set menyusu shaklee

Bila pulak masuk bulan puasa masih teruskan vitamin tu dan amik supplement lain seperti esp dan performnce drink.. Memang best dan bulan puasa dapat dilalui dengan jayanya..


ESP and Performance drink
 Untuk anak kedua ni Alhamdulillah, segala pengalaman dijadikan panduan. Masih meneruskan pengambilan vitamin kerana yakin susu lebih bernutrisi (susu ibu paling bagus didunia). Buat ibu-ibu cantik semua yang mengalami masalah mcm saya dulu mungkin mengambil vitamin/suplemen yg sesuai dan tambahkan sesi mengepam mungkin dapat membantu.

Saya tak rasa rugi pon beli vitamin sebabnya bukan untuk diri saya sendiri tapi untuk anak juga. Anak dapat susu yang pekat bertambah2 khasiat dan kenyang, ibu pula badan segar bila badan segar mood kita pon ok kan dapat jaga rumahtangga dengan baik juga..;)

Jikalau ibu-ibu cantik nak dapatkan konsultasi mengenai vitamin shaklee ni saya boleh membantu, jangan segan untuk hubungi saya ya di

vitasihat@gmail.com / 0193802899 (Azie)
Distributor ID : 869618



Vitamin Supplements Shaklee Terbaik?


Vitamin/supplement terbaik pastinya menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan. Ya, benar. Memilih vitamin bukan seperti membeli baju. Pilih yang paling cantik/mahal/murah, etc.. bila tak suka, beli lain. Ini kerana elemen vitamin itu akan berada dalam tubuh kita.

TAHUKAH ANDA : 

FDA (Food & Drug Administration) telan menjalankan ujian terhadap 324 jenis vitamin untuk menguji kandungan plumbum, dan hanya 4 JENIS SAHAJA yang bebas plumbum!


Tidak keterlaluan jika saya katakan, daripada anda mengambil vitamin yang salah, adalah lebih baik tidak mengambil supplement langsung!

Jadual di atas menunjukkan ujian yang dijalankan dengan kerjasama University of California Barkeley School of Public Health ke atas 3 kumpulan:-

  • Pengamal vitamin Shaklee
  • Pengamal vitamin jenis lain
  • Tidak mengamalkan sebarang vitamin

Dari ujian di atas menujukkan bahawa… pengambilan Shaklee jauh lebih baik dari suplemen lain, dan terdapat keadaan yang mana tidak mengambil suplemen adalah lebih baik daripada mengambil suplemen selain Shaklee. Kenapa?

  • Lambakan vitamin sintetik
  • Kebanyakan produk vitamin tidak menjalankan ujian klinikal (walaupun tak perlu, tapi Shaklee buat ujian ni)
  • Supplement lain ada yang mengandungi bahan berbahaya

Jadi, untuk kesihatan anda, jangan kedekut dengan mengatakan “Shaklee mahal lah, saya nak makan vitamin murah-murah je”

Adakah kesihatan kita semurah itu? Lagipun vitamin Shaklee tidaklah mahal yang disangka walaupun ianya vitamin terbaik semulajadi. 

Fikir-fikirkan…

Ingin dapatkan vitamin semulajadi anda sekarang? hubungi saya untuk dapatkan vitamin yang sesuai mengikut keperluan anda.


*jika ingin dapatkan maklumat lanjut tentang SET ISTIMEWA atau PROMOSI boleh email atau sms ya.

vitasihat@gmail.com
0193802899 (Azie)

OCT PROMO..PROMO..

salam semua ibu-ibu cantik...

hari ni azie nak share nga ibu2 semua... Bulan Oktober nie, Shaklee wat promo ESP... berbaloi2 beli tau sbbnya harga murah sgt.. bukan senang nk dpt harga camnikan..so apa lg byk2 wat stok..hihi (menghasut nie)

Bukan ape azie pon ibu menyusu jugak jadi azie paham keadaan kita semua.. sempena bulan ni pon azie beli jgk untuk diri sendiri (tmbah stok) sbb mmg harga murah sgt...

Untuk ibu-ibu menyusu..mmg berbaloi beli vitamin nga ESP bulan oktober nie..

Kenapa?

sebabnya Azie ade OFFER baik punya!! mmg tak dapat dah bila2.. hihi  SMS azie ya untuk details.


So, ibu-ibu semua jom pakat beli ESP SHAKLEE!!!!

Email : vitasihat@gmail.com
hp: 0193802899


TRAVEL EBM DARI KAMPUNG

EBM tu apa yaa? Expressed Breast Milk

Nanti kalau ada ibu-ibu cantik yang nak berpantang kat kampung tapi kampung plak jauh.. Macam mak kan kampung kat Kuala Terengganu tapi duk Shah Alam.. jauh tu nak travel ebm kan..

Walaupon jauh ibu-ibu semua jangan risau k sebabnya kita buleh travel ebm kite tuu walaupon perjalanan berbelas-belas jam..

Pengalaman mak dulu masa anak pertama, masa pantang tak buat stok pon sbb duk pk macamana nakwat balik ebm ni ke shah alam.. padahal masa tu susu melimpah ruah.. Amat rugi.. Balik ke Shah Alam seminggu sebelum masuk keje, anak pulak kuat menyusu tak sempat mak nakwat stok.. Pam hari ni pakai esok..huhu
memang letih mak..