Semakin sarat kita mengandung semakin sukar bagi otot-otot untuk bergerak dan menstabilkan sendi bahagian belakang dan pelvik anda. Ini akan menyebabkan belakang anda sakit semasa mengandung.
Bagaimana cara anda ingin melindungi belakang dan pelvik anda ketika ini?
Bagaimana cara anda ingin melindungi belakang dan pelvik anda ketika ini?
1) Duduk dengan tegak
Pilihlah kerusi yang belakangnya tegak dan mempunyai tempat rehat tangan kerana ini akan memudahkan kita meluruskan belakang kita.
2) Tidur lena
Tidur mengiring adalah lebih selesa untuk belakang anda dan cubalah tidur dengan sebelah atau kedua-dua lutut dibengkokkan. Letakkan sebiji bantal berbentuk "wedge" di bawah perut untuk menyokong perut kita semasa tidur. Boleh juga tambah bantal dicelah lutut kita masa kita tidur.
3) Perbaiki postur anda
Cuba berdiri tegak, pastikan bahu kita dalam keadaan selesa dan masukkan sedikit punggung. Dengan cara sebegini dapat kurangkan sebarang ketidakselesaan dan dapat menyokong belakang kita.
4) Elakkan mengangkat barang berat
Cuba untuk tidak mengangkat barang berat, tetapi jika terpaksa dan tiada pilihan lain pastikan kita menggunakan daya kaki dan bukan daya kekuatan belakang kita. Caranya, kita bengkokkan lutut kita seperti posisi mengcangkung dan pastikan belakang kita lurus. Kemudian berdiri dengan menolak badan kita ke atas dengan menggunakan kekuatan peha kita.
5) Turun ke posisi merangkak
Bengkokkan sedikit siku dan pastikan bahagian belakang kita mendatar seperti meja dan kepala selari dengan belakang. Tarik masuk perut kita dengan menguncupkan otot perut sambil melengkungkan sedikit badan kita. Biarkan seketika dan lepaskan. Ini mungkin membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang kita disebabkan oleh berat anak.
6) Pilihlah kasut yang selesa
Tinggallah kasut tumit tinggi anda, pakailah yang leper sehingga kita bersalin ya..
7) Kerap bersenam
Senaman yang disyorkan untuk ibu-ibu mengandung adalah seperti kelas senaman air, yoga, berenang, berjalan atau pilates.
sumber: www.babycenter
Harap entry ni dapat bantu anda mengurangkan sakit belakang dan pelvik dan bagi yang belum terkena boleh juga praktikkan untuk elakkan dari terkena :)