Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Membekal EBM ke Taska / Pengasuh


Tahniah saya ucapkan pada ibu-ibu yang mempunyai impian untuk memberi susu ibu kepada anak sehingga anak berusia 2 tahun. Amat suci impian ibu-ibu semua tau :)

Akan tetapi bila habis jer berpantang 2 bulan, ade ibu2 yang resah kerana tidak tahu cara untuk membekalkan susu ibu kepada pengasuh atau taska. Maka ramailah ibu-ibu yang mengambil jalan mudah memberikan susu formula sedangkan susu ibu masih banyak dan mencurah-curah lagi.

Sebenarnya ianya tidaklah sesusah mana untuk membekalkan EBM kepada pengasuh atau taska, yang penting pihak pengasuh dan taska juga diberitahu dan memberi kerjasama. EBM atau ‘expressed Breast Milk” adalah susu badan yang sudah diperah.

Di sini saya nak kongsikan bagaimana cara saya membekalkan EBM kepada taska untuk anak pertama dan kedua saya. Anak ke-3 saya tak hantar taska sebab dah berhenti kerja, buat bisness Shaklee sepenuh masa :)

Oleh kerana saya takde amik gambar bagaimana saya buat so saya telah google beberapa gambar mungkin boleh member gambaran kepada ibu-ibu semua.

Ok, saya akan siapkan 5-6 botol sehari EBM kepada taska, setiap botol 3oz. Saya akan campurkan EBM yang beku dan yang belum beku. Kemudian labelkan EBM tersebut dengan no 1-5 supaya pengasuh tahu susu mana yang perlu diambil terlebih dahulu.

Contoh : 
Botol pertama – EBM fresh
Botol ke-2 – EBM beku
Botol ke-3 – EBM beku
Botol ke-4 – EBM fresh
Botol ke-5 – EBM fresh

*nota: EBM fresh adalah ebm yang belum dibekukan (yg dipam semalam)

Ibu-ibu boleh tengok gambar ni sebagai contoh:

 
Ihsan Mr. Google


Kenapa letak EBM beku dan EBM fresh?
Supaya baby dapat susu yang segar, dan supaya stok EBM kita sentiasa berganti dengan yang baru. Perlu di ingat EBM beku harus diambil secara First In First Out tau supaya taklah ada EBM yg terexpired plak J

Kenapa letak EBM fresh no 4 dan 5?


Sebabnya kalau baby minum tak abis, bolehlah disimpan ebm tu..taklah membazir, kalau yg beku tak abis dah tak boleh dibekukan semula ya.

Ok kalau EBM beku, kita keluarkan dan letak di bahagian chiller so esoknya EBM tu akan cair dah.

Lepas tu letak dalam bekas seperti gambar tadi.. sampai saja rumah pengasuh atau taska boleh la terus dimasukkan dalam peti ais. Kalau rumah pengasuh/taska jauh bolehla letak dalam cooler bag atau cooler box terlebih dahulu.

Perlu di ingat kita kena ajarlah pengasuh bagaimana cara nak panaskan EBM dan sebagainya. Oleh itu kita sendiri harus mempunyai ilmu juga ya. Kalau nak mudahkan pengasuh nak panaskan EBM sediakan juga warmer. So mudah sket keje dorang kan?

membekal ebm pengasuh

Akan tetapi sebelum tu survey2 la dulu taska atau pengasuh yg boleh handle EBM ni sebab ada kes yang tak suka ibu-ibu yg bg EBM ni.. cari yang baby friendly :)

Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu semua dan bersedia untuk kembali bekerja.

Salam Sayang dari Azie
Shaklee Independent Distributor Pilihan Ramai :)

Baca Lagi Tentang :

MENAMBAH SUSU BADAN

Seronok rasa apabila bercakap dan bercerita tentang susu ibu. Saya sendiri pun meyusukan anak2 saya. Orang kata cabaran dan dugaan banyak dalam mencapai target kita untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun kan? Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah cuma apa yang ingin dikongsi di sini adalah melalui pengalaman saya sendiri.

Persediaan sebelum melahirkan anak pertama pada 2010. Telah ku search mcm2 topik tentang penyusuan susu ibu, bagaimana menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Tapi orang baru belajar setakat pembacaan mungkin paham dari segi teori tapi bukan praktikal kan. Tidak berusaha untuk bertanya pada kawan2 yang pernah breastfeed anak.

Apabila bersalin agak gelabah kerana tak pandai nak pegang baby betul-betul masa nak susukan dia. Agak sukar nak baby tu latch bila pegang baby tak betul.. Masa tu rase mcm down sangat2. Tapi berkat usaha Alhamdulillah berjaya jugak. Masa dalam pantang mcm2 saya search tentang penyusuan susu ibu.

Dugaan menyusu ni apabila susu mula kurang..panik sebab stok tak byk.. So saya pon search la apa yang perlu dilakukan jika susu kurang.. Yang penting perlu ada demand n supply, so kene kerapkan sesi mengepam masa kat ofis selain dari itu ada juga amik vitamin shaklee set menyusu.. Alhamdulillah susu makin banyak dan bernutrisi. Susu lebih pekat dari sebelum nie.

set menyusu shaklee

Bila pulak masuk bulan puasa masih teruskan vitamin tu dan amik supplement lain seperti esp dan performnce drink.. Memang best dan bulan puasa dapat dilalui dengan jayanya..


ESP and Performance drink
 Untuk anak kedua ni Alhamdulillah, segala pengalaman dijadikan panduan. Masih meneruskan pengambilan vitamin kerana yakin susu lebih bernutrisi (susu ibu paling bagus didunia). Buat ibu-ibu cantik semua yang mengalami masalah mcm saya dulu mungkin mengambil vitamin/suplemen yg sesuai dan tambahkan sesi mengepam mungkin dapat membantu.

Saya tak rasa rugi pon beli vitamin sebabnya bukan untuk diri saya sendiri tapi untuk anak juga. Anak dapat susu yang pekat bertambah2 khasiat dan kenyang, ibu pula badan segar bila badan segar mood kita pon ok kan dapat jaga rumahtangga dengan baik juga..;)

Jikalau ibu-ibu cantik nak dapatkan konsultasi mengenai vitamin shaklee ni saya boleh membantu, jangan segan untuk hubungi saya ya di

vitasihat@gmail.com / 0193802899 (Azie)
Distributor ID : 869618



OCT PROMO..PROMO..

salam semua ibu-ibu cantik...

hari ni azie nak share nga ibu2 semua... Bulan Oktober nie, Shaklee wat promo ESP... berbaloi2 beli tau sbbnya harga murah sgt.. bukan senang nk dpt harga camnikan..so apa lg byk2 wat stok..hihi (menghasut nie)

Bukan ape azie pon ibu menyusu jugak jadi azie paham keadaan kita semua.. sempena bulan ni pon azie beli jgk untuk diri sendiri (tmbah stok) sbb mmg harga murah sgt...

Untuk ibu-ibu menyusu..mmg berbaloi beli vitamin nga ESP bulan oktober nie..

Kenapa?

sebabnya Azie ade OFFER baik punya!! mmg tak dapat dah bila2.. hihi  SMS azie ya untuk details.


So, ibu-ibu semua jom pakat beli ESP SHAKLEE!!!!

Email : vitasihat@gmail.com
hp: 0193802899


TRAVEL EBM DARI KAMPUNG

EBM tu apa yaa? Expressed Breast Milk

Nanti kalau ada ibu-ibu cantik yang nak berpantang kat kampung tapi kampung plak jauh.. Macam mak kan kampung kat Kuala Terengganu tapi duk Shah Alam.. jauh tu nak travel ebm kan..

Walaupon jauh ibu-ibu semua jangan risau k sebabnya kita buleh travel ebm kite tuu walaupon perjalanan berbelas-belas jam..

Pengalaman mak dulu masa anak pertama, masa pantang tak buat stok pon sbb duk pk macamana nakwat balik ebm ni ke shah alam.. padahal masa tu susu melimpah ruah.. Amat rugi.. Balik ke Shah Alam seminggu sebelum masuk keje, anak pulak kuat menyusu tak sempat mak nakwat stok.. Pam hari ni pakai esok..huhu
memang letih mak..