Petua Awet Muda

Menambat hati suami yang semakin jauh dengan penjagaan kulit Shaklee dan jadi semakin muda!

Tips Mudah Basuh Baju

Wanita yang selalu 'busy' tak sempat nak cuci baju, bagaimana cara nak mudahkan kerja mendobi

Suplemen Shaklee 100% SELAMAT, 100% BERKESAN

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sila hubungi 012-6806251

Amalkan Pemakanan Sihat Semasa Mengandung

Pemakanan yang sihat mempengaruhi anak di dalam kandungan

Amalkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Serat

Mengambil makanan yang tinggi serat membantu kita dari terkena penyakit jantung!

Showing posts with label ATASI MASALAH UBAN. Show all posts
Showing posts with label ATASI MASALAH UBAN. Show all posts

15 Punca Uban Di Usia Muda Dan Cara Mengatasinya Sebelum Rambut Anda Bertukar Putih!

Uban bukan hanya masalah orang tua tapi dah jadi masalah bagi orang muda dah sekarang. Umur baru 20 dah muncul rambut putih. Artikel kali ini saya nak share tentang punca uban di usia muda dan cara nak atasinya.

Kalau orang tua kita tahulah sebab dah tua memang rambut akan beruban tapi yang pelik bin ajaib bila orang muda pun dah ramai yang beruban. Senang cerita gaya hidup amat mempengaruhi seperti diet tak betul, stress, kurang nutrisi selain dari genetik.

merawat uban

Malu juga muda-muda dah uban kan? Kalau perempuan ok lagi sebab pakai tudung tapi lelaki takleh sorok. Masalah uban di usia muda ni membuatkan hilang keyakinan diri dan segan bila berada dikhalayak ramai.

Jom kita tengok apa 15 punca sebenar rambut kita ni cepat sangat beruban.

1 - Penyakit Tiroid
Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.

2 - Kekurangan Vitamin B12 & zat besi
Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

3 - Faktor Keturunan Atau Genetik
Uban yang tumbuh di usia muda juga mungkin disebabkan keturunan. Oleh itu, cuba check tengok keturunan kita tu ramai tak uban di usia muda ni. So kalau ayah atau ibu kita, mungkin untuk uban awal adalah sangat tinggi.

4 - Kekurangan Vitamin C Dan Vitamin E
Kekurangan Vitamin C & E juga menjadi punca uban sebelum usia. Jumlah sel melanin akan berkurang, maka muncullah uban.

5 - Merokok
Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.

6 - Suka makan Junk Food
Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.

7 - Stress
Sebenarnya stress amat tidak bagus untuk kesihatan kita kerana stress merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik. Stress boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban!

8 - Diet Yang Tidak Seimbang
Diet tidak seimbang mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kekurang nutrisi maka system dalam badan tidak berjalan dengan baik. Sebenarnya bukan sahaja boleh sebabkan uban tetapi juga masalah kesihatan lain yang lebih teruk.

9 - Guna Pengering Rambut
Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.

10 - Kulit Kepala Kotor
Yang ni kita tak ambil peduli sangat, kulit kepala kotor pun menjadi punca tau. Bukan setakat rambut uban tetapi juga rambut gugur. So jagalah kebersihan rambut, gunakan shampoo yang sesuai. Dan kalau boleh guna yang organik sebab bebas bahan kimia. Bahan kimia ini punca banyak masalah kesihatan. Saya syorkan amik set Shampoo Prosante.

11 - Penggunaan Pewarna Rambut
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.

12 - Kerap Mencuci Rambut
Mencuci rambut tu bagus untuk elak kulit kepala kotor kan? Tetapi janganlah terlalu kerap kadang-kadang rambut menjadi kering. Sebab tu pilih shampoo yang sesuai, walau kerap guna tapi rambut still lembap dan cantik.

13 - Hormon Yang Tidak Seimbang
Keadaan kulit kepala dan rambut sangat ditentukan oleh perubahan hormon. Penyakit tiroid atau sedang hamil boleh mengakibatkan perubahan hormon.

14 - Mengalami Menopause Awal
Bagi wanita, jika anda mempunyai tanda-tanda menoupause atau telah pun menopause di usia muda, anda berisiko untuk beruban lebih awal.

15 - Kekurangan asid folik
Zat ni sangat penting tau, kekurangan boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh keluar.

Dah tau punca, sekarang cuba cari jalan penyelesaian sebelum uban penuh kepala!

Hanya 3 langkah yang perlu anda amalkan dan berkemungkinan ia melambatkan proses pertumbuhan uban anda.

1 - Elakkan stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2 - Jaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Saya syorkan guna Set penjagaan rambut Pro-sante. Marbeles hasilnya.

3 - Pengambilan nutrisi dalam pemakanan seharian
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisien. Amalkan pengambilan protein ESP. Selain itu tambahkan vitamin B dan Zat besi dalam diet seharian atau boleh ambil suplemen B-complex Shaklee dan multivitamin Shaklee.

cara hilangkan uban

Secara kesimpulannya, jaga pemakanan anda seharian. Takyah la makan banyak sangat junk food tapi tambah sayur dan buah-buahan. Selain itu ambil protein sebab protein ni membantu mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Tambah vitamin B12 dan zat besi juga.

Semua orang taknak uban di usia muda kan? Saya pun taknak. So apa tunggu lagi, cepat selesaikan masalah anda!

Rambut gugur? Jom atasi segera sebelum botak!


Baca Lagi Tentang: